Saksi akui Najib penerima dana 1MDB, mahkamah diberitahu

August 10, 2026 · Politik

Seorang pakar pemulihan aset luar pesisir mengakui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Najib Razak termasuk antara individu yang menerima dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah Urusan Kroll (Cayman) Ltd merangkap Ketua Amalan Luar Pesisir Kroll, Angela Barkhouse bagaimanapun berkata, beliau tidak pasti sama ada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, merupakan individu ‘nombor satu’ dalam dakwaan konspirasi membabitkan dana 1MDB.

Barkhouse berkata, tumpuan siasatannya lebih kepada pihak yang menerima dana berkenaan ketika beliau menjalankan penelitian berkaitan aset luar pesisir.

Pengakuan itu dibuat ketika disoal peguam Muhammad Shafee Abdullah pada hari kelima perbicaraan saman AS$5.64 bilion yang difailkan 1MDB terhadap Najib dan enam individu lain.

Muhammad Shafee terlebih dahulu bertanya sama ada Barkhouse pernah bertemu Jho Low atau mendengar nama ahli perniagaan itu sepanjang siasatannya.

“Ya,” jawab Barkhouse.

Peguam itu kemudian bertanya sama ada saksi bersetuju Jho Low merupakan antara individu utama dalam kontroversi serta dakwaan konspirasi untuk memusnahkan 1MDB.

“Antara lain, ya,” jawab Barkhouse.

Namun, apabila ditanya sama ada beliau menganggap Jho Low sebagai individu ‘nombor satu’ dalam dakwaan konspirasi berkenaan, Barkhouse menjawab: “Saya tidak pasti.”

Muhammad Shafee kemudian membangkitkan kemungkinan wujud pihak lain yang terlibat berdasarkan entiti yang dikenal pasti sepanjang siasatan saksi.

Barkhouse menjelaskan, pihak yang menerima dana menjadi fokus utama siasatannya.

“Ini termasuk anak guam saya (Najib), betul?” soal Muhammad Shafee.

“Ya,” jawab Barkhouse.

Saman sivil berkenaan difailkan 1MDB bersama beberapa anak syarikatnya pada 7 Mei 2021 terhadap Najib dan enam bekas pegawai kanan syarikat itu.

Plaintif mendakwa defendan melakukan pecah amanah, melanggar kewajipan berkanun, menyalahgunakan kuasa serta berpakat untuk menyalahgunakan dana 1MDB.

Kes itu turut berlaku susulan sabitan Najib dalam kes berkaitan dana 1MDB. Pada 26 Disember 2025, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan menyalahgunakan kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.3 bilion.

Perbicaraan saman sivil berkenaan bersambung esok.

Berita berkaitan
Kes saman: Najib bantah 80 peratus keterangan bekas CEO 1MDB
8 jam lalu· Politik
TH lulus beli pegangan dalam Putrajaya Perdana ketika dikawal Jho Low
17 jam lalu· Isu semasa
CEO TH dalam lembaga 1MDB ketika beli tanah TRX, Parlimen diberitahu kerugian RM145.3 juta
August 11, 2026· Politik
Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung kenyataan fitnah
August 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Fahmi: Langkah MP Bersatu dan Bebas bahas RCI TH disifatkan bertanggungjawab
8 jam lalu · Politik
Mahfuz hentam MP PAS, Wawasan: Jangan makan duit rakyat secara percuma
13 jam lalu · Politik
Wawasan didakwa kawal PN, Bersatu persoal pendirian gabungan
14 jam lalu · Politik
Rosmah diberi sebulan bayar RM67.46 juta kepada syarikat emas Lubnan
14 jam lalu · Politik
Kerajaan Madani tumpu usaha pulih TH, bukan raih keuntungan politik: Aiman Athirah
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok