RCI TH: Kerajaan suntik lebih RM10 bilion bantuan kewangan untuk selamatkan TH

August 11, 2026 · Isu semasa

Kerajaan terpaksa menyalurkan bantuan kewangan lebih RM10 bilion untuk menyelamatkan Lembaga Tabung Haji (TH) ketika institusi itu berdepan krisis kewangan serius pada 2018.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, berkata langkah itu diambil selepas kedudukan kewangan TH merosot sehingga organisasi berkenaan berada dalam keadaan tidak solven.

Beliau berkata, bantuan itu sebahagian daripada pelan penstrukturan semula untuk memulihkan kedudukan kewangan TH dan memastikan institusi berkenaan terus mampan dalam jangka panjang.

“TH ketika itu adalah tidak solven dan perlu diselamatkan.

“Keadaan tersebut akhirnya memaksa Kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelamatkan TH dengan pelan penstrukturan semula bagi memulihkan kedudukan kewangannya supaya TH kembali solven serta kekal mampan untuk jangka panjang,” katanya semasa Sesi Penerangan Menteri mengenai laporan serta tindakan pemulihan TH pada Sidang Khas Dewan Rakyat berhubung hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH, hari ini.

Menurut Zulkifli, jurang defisit antara aset dan liabiliti TH melebar kepada lebih RM10 bilion pada suku keempat 2018, dengan kerajaan ketika itu hanya mempunyai kira-kira tiga bulan untuk mencari penyelesaian.

Katanya, penyelamatan tersebut bukan bertujuan mengambil alih aset TH, sebaliknya untuk memulihkan kedudukan kewangan institusi berkenaan.

Dalam pada itu, Zulkifli menafikan dakwaan aset TH dijual kepada golongan bukan Islam atau kaum Cina.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah yang sengaja disebarkan bagi menanam kebencian dan mencetuskan hasutan dalam kalangan masyarakat.

“Tiada aset yang dijual kepada bukan Islam mahupun kepada kaum Cina seperti yang difitnahkan oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menanamkan kebencian dan membuat hasutan,” katanya.

Beliau menjelaskan aset yang dipindahkan dalam proses penstrukturan itu dimiliki Urusharta Jamaah, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Isu kewangan TH menjadi perhatian selepas RCI ditubuhkan untuk menyiasat kelemahan pengurusan dan tadbir urus institusi itu, termasuk keputusan pelaburan serta kedudukan aset dan liabiliti sebelum penstrukturan dilakukan.

Sidang khas Dewan Rakyat hari ini memberi tumpuan kepada laporan RCI serta langkah kerajaan dalam menangani masalah kewangan TH, termasuk usaha memastikan dana pendeposit terus dilindungi dan institusi itu kekal kukuh.

Berita berkaitan
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
3 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
5 jam lalu· Isu semasa
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
19 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
October 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
2 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
3 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
3 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
5 jam lalu · Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok