Kerajaan Madani tumpu usaha pulih TH, bukan raih keuntungan politik: Aiman Athirah

12 jam lalu · Politik

Kerajaan Madani mengutamakan kepentingan lebih 10 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) dan usaha memulihkan keyakinan terhadap institusi itu berbanding mengejar keuntungan politik jangka pendek menerusi pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu berkata, proses pendedahan laporan berkenaan perlu dilakukan secara berhati-hati bagi memastikan kestabilan TH tidak terjejas sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pendeposit.

“Tabung Haji bukan sekadar sebuah organisasi biasa, ia mengurus amanah lebih 10 juta pendeposit dan berkait secara langsung dengan hasrat umat Islam menunaikan Rukun Islam kelima,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, kerajaan perlu mengambil kira pengalaman pada 2018 apabila kelemahan tadbir urus dan kedudukan kewangan TH mencetuskan kebimbangan sehingga pengeluaran simpanan melebihi RM6 bilion.

Aiman Athirah berkata pendekatan kerajaan bukan bertujuan melindungi kepentingan politik, sebaliknya memastikan kestabilan institusi itu terus terpelihara ketika proses pembaikan tadbir urus sedang dilaksanakan.

Beliau turut menegaskan sebarang kritikan terhadap tempoh pendedahan laporan RCI, termasuk daripada PAS dan Parti Wawasan, perlu dijawab berasaskan fakta dan tanggungjawab, bukan retorik politik.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyambut baik penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan pada Sidang Khas Dewan Rakyat semalam, lebih 70 peratus syor RCI berkaitan pengurusan dan operasi TH sudah dilaksanakan.

“Pelaksanaan audit forensik terhadap 14 pelaburan bermasalah merupakan langkah penting bagi memastikan setiap persoalan dijawab secara tuntas dan kelemahan dikenal pasti dengan jelas,” katanya.

Aiman Athirah turut menyokong cadangan pindaan Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535] bagi memperkukuh tadbir urus, mengehadkan kuasa menteri serta mengurangkan pengaruh politik dalam pengurusan TH.

Katanya, usaha pemulihan itu mula menunjukkan hasil apabila pendapatan pelaburan TH mencatat rekod tertinggi RM4.64 bilion pada 2025, manakala agihan keuntungan meningkat daripada 1.25 peratus pada 2018 kepada 3.5 peratus tahun lalu.

Kos haji juga berjaya dikekalkan pada RM33,000 bagi tiga musim berturut-turut meskipun kos pengurusan meningkat.

Beliau berkata kerajaan memilih untuk memperkukuh kedudukan kewangan, memperbaiki tadbir urus dan menstabilkan operasi TH sebelum laporan RCI didedahkan kepada umum.

Dalam Sidang Khas Dewan Rakyat semalam, Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan mendedahkan TH mencatat kerugian hampir RM13 bilion daripada 14 pelaburan bermasalah, termasuk tujuh pelaburan yang mengalami kerugian 100 peratus.

Jumlah itu merangkumi RM10.2 bilion yang ditanggung kerajaan menerusi langkah penyelamatan melalui Urusharta Jamaah Sdn Bhd pada 2018 serta rosot nilai RM2.6 bilion yang ditanggung TH antara 2018 hingga 2025.

Berita berkaitan
Fahmi: Langkah MP Bersatu dan Bebas bahas RCI TH disifatkan bertanggungjawab
6 jam lalu· Politik
Mahfuz hentam MP PAS, Wawasan: Jangan makan duit rakyat secara percuma
11 jam lalu· Politik
RM1.5 bilion kepada orang tengah, Al-Rawda jadi kerugian terbesar TH: Menteri Kewangan
15 jam lalu· Isu semasa
TH lulus beli pegangan dalam Putrajaya Perdana ketika dikawal Jho Low
15 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kes saman: Najib bantah 80 peratus keterangan bekas CEO 1MDB
5 jam lalu · Politik
Wawasan didakwa kawal PN, Bersatu persoal pendirian gabungan
12 jam lalu · Politik
Rosmah diberi sebulan bayar RM67.46 juta kepada syarikat emas Lubnan
12 jam lalu · Politik
Ibrahim Ali sindir PAS, sekutu ‘bela’ UMNO dalam isu RCI TH keluar dewan
August 11, 2026 · Politik
Mahfuz: Kalau mahu bela pendeposit TH, pembangkang patut duduk dan bahas
August 11, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok