Kadar pengangguran menurun 0.7 peratus pada Mei: DOSM

July 10, 2025 · Isu semasa

Bilangan penganggur terus menurun sebanyak 0.7% pada Mei lalu kepada 522,400 orang berbanding 525,900 pada April, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Statistik Tenaga Buruh Mei yang dikeluarkan DOSM hari ini menunjukkan kadar pengangguran pada bulan ini kekal 3% seperti pada April.

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata bilangan penduduk bekerja terus bertambah pada Mei, naik sebanyak 0.3% kepada 16.86 juta orang berbanding 16.82 juta yang direkodkan pada April.

“Penurunan pengangguran yang berterusan diiringi pertambahan dalam guna tenaga mencerminkan prestasi ekonomi Malaysia yang positif dan memberangsangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Melihat kepada prestasi guna tenaga mengikut sektor ekonomi, beliau berkata bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan menunjukkan trend peningkatan konsisten, terutamanya aktiviti penginapan dan perkhidmatan makanan & minuman; perdagangan borong dan runcit; dan pengangkutan dan penyimpanan.

“Pada masa yang sama, sektor pembuatan, pembinaan, pertanian, dan perlombongan dan pengkuarian turut merekodkan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja pada bulan berkenaan,” katanya.

Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun turun kepada 10.2% pada Mei, dengan 297,700 penganggur belia berbanding 298,300 pada April.

Bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun, kadar pengangguran kekal pada 6.2%, mencatatkan 399,000 orang berbanding 400,600 pada April.

Uzir berkata pasaran buruh negara dijangka terus berkembang dan kekal berdaya tahan pada bulan-bulan yang akan datang, disokong oleh dasar kerajaan, kestabilan makroekonomi serta pelaburan dalam modal insan.

“Walaupun berdepan cabaran global yang berterusan, asas domestik yang kukuh dan pelaburan dalam modal insan membantu mengekalkan kestabilan dan prestasi pasaran buruh yang kukuh.,” katanya.

Berita berkaitan
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
October 23, 2026· Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
October 22, 2026· Isu semasa
72 rakyat Malaysia ditahan dalam kes dadah di luar negara: Polis
October 22, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5.4% tahun ini: Firma
October 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
October 23, 2026 · Isu semasa
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
5 jam lalu · Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
5 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
5 jam lalu · Isu semasa
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok