Isu krisis di Negeri Sembilan.
Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan berkaitan penyebaran kandungan di media sosial yang disyaki mengandungi unsur hasutan, penghinaan serta dakwaan tidak benar terhadap institusi diraja.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad berkata, seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan, manakala pemilik akaun media sosial yang dipercayai memuat naik kandungan berkenaan turut dikesan.
Menurutnya, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian komunikasi.
“Siasatan dijalankan bagi meneliti kandungan yang disyaki mempunyai unsur hasutan, penghinaan dan dakwaan tidak benar terhadap institusi diraja,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Alzafny berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil maklum titah Raja-Raja Melayu seperti dizahirkan menerusi kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada 14 Oktober lalu.
Kenyataan itu menyeru semua pihak supaya mengutamakan kebijaksanaan, kesabaran serta menghormati adab, adat dan maruah institusi diraja.
“Sebarang perbezaan pendirian hendaklah diselesaikan melalui saluran yang sah dan berautoriti berlandaskan undang-undang serta peruntukan yang berkaitan,” katanya.
Sementara itu, aktivis politik Badrul Hisham Shahrin memaklumkan beliau ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam.
Beliau berkata, penahanan itu berlaku selepas selesai memberikan keterangan di Balai Polis Cyberjaya.
Badrul Hisham turut memaklumkan beliau dibebaskan kira-kira jam 6.40 petang selepas selesai memberikan keterangan dengan jaminan polis.
Siasatan berkenaan berlaku k
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum