Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah

October 23, 2026 · Isu semasa

Seorang arkitek bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan mencabul seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di sebuah bilik sauna di pusat beli-belah, di sini, 18 Oktober lalu.

Tertuduh, Saiful Anuar Abdul Aziz, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nur Ain Ariffin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul kehormatan mangsa di dalam bilik wap sebuah gimnasium di pusat beli-belah berkenaan pada kira-kira pukul 7.10 malam, 18 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, M. Ramanathan Alias Ashwin mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Pihak pendakwaan turut memohon syarat tambahan supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Bagaimanapun, peguam K. Theivaendran yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya tidak mempunyai risiko melarikan diri.

Beliau turut membantah permohonan penyerahan pasport dengan alasan tertuduh yang bekerja sebagai arkitek mempunyai projek di luar negara.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin, selain mengenakan syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 November ini bagi serahan dokumen.

Pada Rabu lalu, Utusan Malaysia melaporkan polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang lelaki warga emas didakwa mencabul anak lelaki seorang pegawai kanan polis di sebuah pusat gimnasium di Melawati.

Kes itu mendapat perhatian selepas pegawai kanan polis berkenaan bertindak menahan lelaki berusia 61 tahun itu di lokasi kejadian.

Mangsa dipercayai berada di pusat gimnasium berkenaan bersama rakannya sebelum didakwa dicabul tertuduh.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan dan kes akan diteruskan mengikut proses perundangan.

Berita berkaitan
DNAA Zahid: Cabaran Majlis Peguam ditangguh, tunggu rayuan
October 21, 2026· Politik
Mahkamah Rayuan kekal arahan Jovian bayar RM10 juta
October 20, 2026· Isu semasa
Kes scam: Pesara rugi RM42,580, terpedaya skim gandakan wang
October 17, 2026· Isu semasa
Kes hina mahkamah: Rayuan hukuman penjara Papagomo ditangguh
October 16, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
October 23, 2026 · Isu semasa
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
October 23, 2026 · Isu semasa
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
12 jam lalu · Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
16 jam lalu · Isu semasa
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok