Anwar umum AUKU akan dimansuhkan, mahasiswa dapat ruang lebih luas

August 15, 2026 · Isu semasa

Kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi memberi lebih kebebasan serta ruang demokrasi kepada gerakan mahasiswa di negara ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata usul pemansuhan akta itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Rabu depan susulan memorandum serta pandangan daripada kepimpinan mahasiswa yang mahukan perubahan menyeluruh terhadap AUKU.

Menurut beliau, beberapa pindaan yang dibuat sebelum ini sudah memberi ruang kepada mahasiswa untuk bergiat aktif, namun tuntutan supaya kebebasan itu diperluas masih diterima daripada kelompok mahasiswa.

“Anak-anak mahasiswa merasakan mereka harus lebih bebas. Kita dah bebaskan dengan beberapa pindaan AUKU sebelum ini, namun ada yang tidak berpuas hati.

“Mereka mengemukakan memorandum, maka pada hari ini saya nak umumkan, kita akan mansuhkan AUKU,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden PKR sempena Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, hari ini.

Anwar berkata pemansuhan AUKU menjadi sebahagian daripada agenda reformasi pendidikan kerajaan yang akan diteruskan selepas kestabilan politik, keselamatan dan ekonomi negara semakin kukuh.

Beliau turut menegaskan kerajaan akan meneruskan reformasi pendidikan dengan lebih tegas, termasuk usaha berkaitan pendidikan awal, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Sekarang, saya akan teruskan dengan lebih tegas agenda reformasi dan beberapa perkara yang tertangguh, termasuk reformasi pendidikan yang kita lakukan, kemasukan anak-anak pada peringkat awal, TVET dan STEM dengan cara lebih teratur,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata kerajaan mahu memastikan akses pendidikan prasekolah tidak hanya tertumpu kepada golongan berada di kawasan bandar, sebaliknya turut dinikmati kanak-kanak di kawasan pedalaman dan desa.

“Kita tidak mahu prasekolah itu hanya bagi kalangan elit di bandar dan kelas dua bagi anak-anak di pedalaman dan desa, maka sudah menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan,” katanya.

AUKU yang diperkenalkan pada 1971 selama ini menjadi antara undang-undang utama mengawal tadbir urus institusi pengajian tinggi awam serta kegiatan mahasiswa. Beberapa pindaan sebelum ini dilaksanakan bagi memberi lebih ruang kepada mahasiswa dalam aktiviti politik dan kemasyarakatan.

Pengumuman pemansuhan itu dilihat sebagai langkah besar dalam agenda reformasi pendidikan kerajaan, khususnya dalam memperluas kebebasan mahasiswa serta penyertaan mereka dalam demokrasi kampus dan masyarakat.

Berita berkaitan
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
3 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
October 27, 2026· Isu semasa
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
October 27, 2026· Politik
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
October 28, 2026 · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
2 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
2 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok