TH perlu perkukuh komunikasi, dekati pendeposit: Bernama

August 17, 2026 · Isu semasa

Lembaga Tabung Haji (TH) perlu memperkemas komunikasi dan memperluas program jangkauan kepada pendeposit bagi memulihkan keyakinan terhadap institusi itu susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pengurusan dan tadbir urusnya.

Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Pertahanan Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Mohd Kamarul Amree Mohd Sarkam berkata, komunikasi secara terbuka dan konsisten amat penting bagi memastikan pendeposit memahami langkah pembaharuan yang sedang dilaksanakan TH.

Menurutnya, penggunaan platform digital perlu diperkasa memandangkan sebahagian besar pendeposit terdiri daripada generasi milenial dan Gen Z yang aktif mendapatkan maklumat menerusi media sosial.

“TH perlu menjelaskan kesungguhan institusi itu dalam memperbaiki kelemahan serta melaksanakan reformasi tadbir urus. Pendekatan komunikasi digital mampu membantu mengembalikan kepercayaan rakyat,” katanya kepada Bernama.

Beliau turut menyarankan TH memperkukuh penerangan mengenai kualiti pengurusan haji Malaysia yang mendapat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi sebagai sebahagian daripada usaha memelihara keyakinan masyarakat.

Pada masa sama, Mohd Kamarul Amree mencadangkan rombakan menyeluruh terhadap tadbir urus TH dengan memberi keutamaan kepada pelantikan pakar dan teknokrat berpengalaman dalam bidang pengurusan serta perniagaan.

“Biarlah TH dikelola individu bukan partisan yang mempunyai kepakaran supaya kepercayaan rakyat dapat dikembalikan secara kolektif tanpa cenderung kepada mana-mana ideologi politik,” katanya.

Beliau turut menyokong pindaan Akta TH seperti disyorkan RCI serta penambahbaikan pengurusan dana institusi itu bagi memastikan tadbir urus lebih telus dan berkesan.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, TH perlu menyampaikan mesej jelas kepada pendeposit mengenai kedudukan kewangan semasa serta langkah penambahbaikan yang telah diambil susulan syor RCI.

Katanya, program jangkauan secara bersemuka termasuk sesi dialog awam di seluruh daerah boleh dipertimbangkan bagi memberi penjelasan terus kepada pendeposit.

“TH perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa kedudukan kewangan TH adalah baik buat masa ini dan laporan RCI itu disiapkan pada 2022, bukannya tahun ini,” katanya.

Beliau berkata kekeliruan maklumat berhubung laporan berkenaan boleh menjejaskan keyakinan pendeposit dan perlu ditangani segera.

Laporan RCI yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu merekodkan pelbagai kelemahan dalam pengurusan dan tadbir urus TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta mengemukakan 25 syor penambahbaikan.

Sidang khas Dewan Rakyat pada Selasa lalu turut membolehkan laporan berkenaan dibentangkan dan dibahaskan oleh Ahli Parlimen. – Bernama

Berita berkaitan
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
October 28, 2026· Isu semasa
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
18 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
18 jam lalu· Politik
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
October 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
2 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
4 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok