Akar umbi PKR di Johor desak gantung Rafizi dan rakan sokong RCI

July 12, 2025 · Politik

Rafizi Ramli dan beberapa Ahli Parlimen (MP) mengadakan sidang media bersama sebelum ini perlu digantung keahlian mereka, desak 19 ketua cabang di Johor.

Desakan itu dibuat 19 Ketua Cabang PKR yang menyifatkan tindakan Rafizi dan lapan MP itu melanggar disiplin dan etika parti kerana menimbulkan tanggapan buruk terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama-sama melibatkan Khairil Adanan iaitu Ketua Cabang Mersing; Mohd Ysahruddin Kusni (Bakri); Mohd Faizul Abd Ghani (Pengerang); Abd Saad Salleh (Seri Gading); Mohd Shahrun Radzi (Sembrong); Rosman Tahir (Ayer Hitam); Roselin Nona (Muar) dan Shamala Sham (Iskandar Puteri);

Ia termasuk Murad Jailani (Pasir Gudang); Prakash Maniam (Tebrau); Haniff Hosman (Pontian); Kalytas Chandarahasan (Kluang); Hishamuddin Misrin Ishak (Parit Sulong); Sayful Ariffin Abdul Karim (Tanjung Piai); Subramani Chami (Pagoh); Shamala Vasudevan (Segamat); Ibrahim Mohd Nor (Kota Tinggi); Ravi Sankar (Labis) dan Faezuddin Puad (Cabang Pulai).

“Ini juga membuka ruang kepada manipulasi politik pihak lawan. Sebarang isu berkaitan dasar atau keprihatinan terhadap pentadbiran negara seharusnya disalurkan melalui platform dalaman parti seperti Biro Politik atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

“Kami tidak menolak kepentingan menjaga integriti institusi kehakiman. Namun, pendekatan sembilan ahli Parlimen ini telah melangkaui batas disiplin parti dan bercanggah dengan Kod Tataetika Anggota PKR,” menurut kenyataan itu malam ini.

Menurut mereka, tindakan sembilan ahli Parlimen itu jelas melanggar beberapa peruntukan Kod Tataetika Anggota PKR dan telah memberi kesan negatif kepada nama baik dan perpaduan dalam parti.

Sehubungan itu, mereka mahu Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh agar segera menggantung keahlian sementara semua sembilan Alahli Parlimen terlibat.

“Memulakan siasatan tatatertib menyeluruh melalui Jawatankuasa Disiplin Parti. Tindakan tegas ini penting demi memelihara kewibawaan parti dan memulihkan semula disiplin organisasi.

“Ini juga bagi mengelakkan persepsi buruk yang boleh menjejaskan perpaduan Keadilan secara keseluruhan.

“Keadilan tidak boleh menjadi parti yang longgar dalam soal tatakelola dan kesetiaan institusi dari kalangan anggotanya,” tegasnya.

Mereka menyeru seluruh anggota dan penyokong PKR agar kekal berpegang kepada prinsip perjuangan reformasi, menghormati saluran parti.

Juga katanya, terus menyokong kepimpinan Presiden PKR dalam misi meneruskan mandat rakyat dan agenda pembaharuan institusi secara berhemah dan menyeluruh.

Sebelum ini, Rafizi serta lapan lagi ahli Parlimen PKR lain telah menghantar surat rasmi kepada semua ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan terhadap cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkait pelantikan dalam institusi kehakiman.

Menurut Rafizi, langkah itu dibuat bagi mengenal pasti pihak yang benar-benar bersetuju atau tidak bersetuju dengan usaha menegakkan integriti institusi kehakiman melalui satu siasatan yang bebas dan berwibawa.

Berita berkaitan
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
12 jam lalu· Politik
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
13 jam lalu· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
13 jam lalu· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
17 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
12 jam lalu · Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
13 jam lalu · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
13 jam lalu · Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
17 jam lalu · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok