Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media

1 jam lalu · Politik

Bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli mengarahkan pasukan peguamnya memulakan tindakan saman terhadap Menteri Sumber Manusia, R Ramanan susulan dakwaan dan kenyataan yang dibuat terhadapnya semasa sidang media semalam.

Rafizi berkata sudah menyerahkan rakaman video serta transkrip sidang media berkenaan kepada pasukan peguamnya untuk diteliti sebelum tindakan undang-undang diambil.

Menurutnya, pasukan peguamnya berpandangan terdapat asas kukuh untuk memfailkan saman terhadap Ramanan kerana kenyataan yang dibuat didakwa melanggar undang-undang fitnah.

Beliau mendakwa sidang media itu turut mengesahkan Ramanan tidak pernah mengambil tindakan mahkamah berhubung kenyataannya sebelum ini yang mengaitkan Ahli Parlimen PKR itu dengan dakwaan menerima suapan RM9.5 juta bagi menyelesaikan kes mafia korporat.

“R Ramanan juga mengulangi beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang mengenai kenyataan itu, berbeza dengan cabaran beliau untuk menyaman sesiapa yang mengaitkannya, seperti dalam satu sidang media terdahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rafizi turut mendakwa sidang media Ramanan mengesahkan kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Parlimen minggu ini mengenai tindakan mahkamah yang kononnya sudah diambil oleh Ramanan adalah tidak benar.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk mempertimbangkan tindakan merujuk Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.

“Saya serahkan kepada ahli-ahli Parlimen untuk mengambil tindakan seterusnya, iaitu merujuk Perdana Menteri kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen untuk diambil tindakan kerana membuat kenyataan yang tidak benar di Parlimen,” katanya.

Dalam sidang media semalam, Ramanan menyifatkan Rafizi sebagai “pembohong bersiri” yang sering mengeluarkan kenyataan tidak benar serta memutarbelitkan keadaan.

Bagaimanapun, Ramanan berkata beliau tidak bercadang menyaman Rafizi berhubung dakwaan suapan RM9.5 juta yang dikaitkan dengan isu mafia korporat.

Menurutnya, tindakan saman terhadap Rafizi hanya akan membebankan rakyat sekiranya bekas menteri itu kalah di mahkamah dan mengadakan kutipan derma bagi membayar ganti rugi atau mengelakkan dirinya daripada diisytiharkan bankrap.

Ramanan turut mendakwa Rafizi menggunakan isu yang mengaitkan beberapa individu, termasuk Anwar dan bekas pembantu perdana menteri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, bagi mengalihkan perhatian daripada dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan bekas menteri ekonomi itu serta rakan-rakannya dalam Bersama.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata tindakan undang-undang terhadap Ramanan wajar diambil kerana menteri itu didakwa terus mengelak daripada menjawab beberapa tuduhan berkaitan dirinya.

“Jika Ramanan enggan mengambil tindakan saman terhadap saya, akibat daripada sidang media beliau semalam, ia membuka jalan untuk saya mengheret beliau ke mahkamah susulan tohmahan-tohmahan yang dibuat terhadap saya,” katanya.

Pertikaian itu menyusul selepas Rafizi sebelum ini mengaitkan Ramanan dengan dakwaan penerimaan suapan RM9.5 juta dalam isu mafia korporat, yang dinafikan oleh Ramanan.

Berita berkaitan
Akmal lelong motosikal, ikan tilapia bayar saman fitnah
October 21, 2026· Politik
PKR nafi kaitan dengan isu PN, desak Mukhriz mohon maaf
October 20, 2026· Politik
RM4.3 bilion aset mafia korporat dibekukan sejak 2022: PMX
October 20, 2026· Isu semasa
Akmal tetap lawan, enggan berundur selepas kalah saman fitnah RM300 ribu
October 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
October 23, 2026 · Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
1 jam lalu · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
1 jam lalu · Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
6 jam lalu · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok