JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi

August 24, 2026 · Isu semasa

Penampilan sulung Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) dijangka menjadi antara tarikan utama Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata penyertaan pasukan JMF bersama kira-kira 100 anggota dan aset berkaitan menjadi antara kelainan yang diperkenalkan pada sambutan tahun ini.

“Antara perkara yang saya rasa mungkin kelainannya pada tahun ini, kita ada pasukan JMF. Mereka akan turut serta dengan aset-aset dan pasukan sebanyak 100 orang,” katanya selepas meninjau sesi latihan grafik manusia sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, hari ini.

Selain JMF, sambutan tahun ini turut menampilkan lebih banyak kontinjen dan perarakan kereta berhias.

Fahmi berkata, pendekatan terhadap aset ketenteraan dan kepolisan juga diubah berbanding tahun sebelumnya. Aset terbabit tidak lagi hanya dipamerkan secara statik di sepanjang laluan perbarisan, sebaliknya ditempatkan di lokasi khas di Monumen Alaf Baru.

Langkah itu membolehkan pengunjung melihat aset berkenaan dengan lebih dekat selain menikmati suasana sambutan secara lebih interaktif.

Sebagai persiapan akhir, Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2026 berkata, kerja di Dataran Putrajaya kini mencapai kira-kira 70 peratus dan dijangka meningkat kepada 80 hingga 90 peratus dalam beberapa hari akan datang.

Antara kerja yang sedang dilakukan termasuk pemasangan tempat duduk bertingkat serta penyediaan ruang khas untuk tetamu kenamaan.

Dalam pada itu, seramai 1,500 pelajar daripada 36 sekolah di Selangor sedang menjalani latihan grafik manusia di lokasi sambutan.

“Saya lihat semangat mereka memang membara dan ini kali pertama mereka berada di lokasi. Kita akan teliti beberapa aspek untuk keselesaan mereka dan memastikan persembahan cukup bersedia, insya-Allah menjelang Isnin minggu depan,” katanya.

Aspek kesihatan peserta dan pengunjung turut diberi perhatian, terutama susulan keadaan jerebu. Fahmi berkata, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kesihatan akan diperincikan bersama Jabatan Meteorologi Malaysia dan Kementerian Kesihatan.

Dari segi pengangkutan, perkhidmatan MRT akan beroperasi 24 jam dari 30 hingga 31 Ogos bagi memudahkan orang ramai ke lokasi sambutan.

Perkhidmatan teksi air percuma turut diteruskan untuk tahun ketiga berturut-turut sebagai pilihan pengangkutan alternatif.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dijangka menghimpunkan ribuan pengunjung di Putrajaya dengan pelbagai acara, persembahan dan perarakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme.

Berita berkaitan
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
14 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
14 jam lalu· Politik
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
October 25, 2026· Isu semasa
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
October 28, 2026 · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
October 28, 2026 · Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
October 28, 2026 · Isu semasa
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
1 jam lalu · Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok