Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat

August 25, 2026 · Isu semasa

Sebanyak 29 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 2 petang ini, dengan Selangor mencatatkan jumlah kawasan terjejas tertinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Azuri Azizah Saedon, berkata kemerosotan kualiti udara dikesan terutama di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia serta beberapa kawasan di Sarawak.

Menurutnya, keadaan itu dipengaruhi pergerakan asap jerebu dari pelbagai arah, termasuk jerebu rentas sempadan dari Indonesia.

“Jerebu rentas sempadan sederhana hingga tebal dikesan di Kalimantan Barat, Indonesia dan bergerak ke utara menuju bahagian barat Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di Selangor, Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi iaitu 173, diikuti Shah Alam (162), Kuala Selangor (153), Petaling Jaya (152), Klang (151) dan Banting (146).

Di Perak pula, Tanjung Malim mencatatkan bacaan 157, diikuti Taiping dan Tasek Ipoh masing-masing 155, Pegoh Ipoh (153) serta Seri Manjung (152). Minden di Pulau Pinang pula merekodkan bacaan 156, Seberang Perai (152) dan Balik Pulau (139).

Sarawak turut merekodkan bacaan tinggi dengan Serian mencatatkan 182, diikuti Sri Aman (170), Kuching (160), Samarahan (156) dan Sarikei (153).

Kawasan lain yang mencatatkan IPU tidak sihat termasuk Bukit Rambai dan Alor Gajah di Melaka, Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan, Segamat, Batu Pahat dan Tangkak di Johor, selain Putrajaya, Batu Muda di Kuala Lumpur serta Sungai Petani, Kedah.

Azuri berkata kepulan asap sederhana hingga tebal turut diperhatikan di beberapa kawasan Kalimantan, selain bahagian tengah dan selatan Sumatera.

“Kepulan asap setempat ringan hingga sederhana juga berpunca daripada titik panas di bahagian selatan Semenanjung Malaysia, Kepulauan Riau dan Pulau Bangka-Belitung,” katanya.

Berdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) menggunakan imej satelit NOAA pada 24 Ogos, sebanyak 287 titik panas dikesan di Kalimantan, 65 di Sumatera dan 11 titik panas dalam negara, termasuk lapan di Sarawak, dua di Johor serta satu di Selangor.

Susulan keadaan itu, JAS meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan harian di kawasan yang berpotensi berlaku pembakaran terbuka, selain memantau bacaan IPU secara berterusan.

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan turut diaktifkan bagi menyelaras tindakan agensi kerajaan dalam menghadapi situasi itu.

Jika bacaan IPU melebihi 150 selama lebih 24 jam, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) boleh mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana, termasuk mempertimbangkan langkah seperti menghentikan aktiviti luar, menutup sekolah, tadika dan taska serta melaksanakan Operasi Pembenihan Awan.

Orang ramai disaran memantau bacaan IPU terkini menerusi laman sesawang APIMS DOE atau aplikasi MyJAS EQMS.

Berita berkaitan
Ribut petir, hujan lebat diramal di lima negeri hari ini
August 13, 2026· Isu semasa
Pegawai JAS didakwa terima rasuah RM21,000
April 3, 2026· Isu semasa
Cuaca panas melampau: Penduduk kedah diminta kurangkan aktiviti luar
March 23, 2026· Isu semasa
Ribut petir landa beberapa negeri petang ini
March 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
August 25, 2026 · Isu semasa
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
3 jam lalu · Isu semasa
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
3 jam lalu · Isu semasa
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
3 jam lalu · Isu semasa
Sosma masih relevan, Ayob Khan tolak ISA dikembalikan: Laporan
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok