Pegawai JAS didakwa terima rasuah RM21,000

April 3, 2026 · Isu semasa

Seorang pegawai kanan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM21,000 daripada sebuah syarikat pengurusan sisa berjadual, empat tahun lalu.

Tertuduh, Dr Norhazni Mat Sari, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Kesemua tuduhan berkaitan penerimaan wang tanpa balasan daripada sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS.

Mengikut pertuduhan, wang berkenaan dipindahkan secara dalam talian ke akaun bank milik anak tertuduh di sebuah cawangan bank di Bukit Bintang pada 18 April 2022.

Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, memaklumkan mahkamah kedua-dua pihak bersetuju agar jaminan ditetapkan sebanyak RM25,000 selain pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat tambahan.

“Pihak pendakwaan dan pembelaan telah mencapai persetujuan mengenai jumlah jaminan serta syarat penyerahan pasport,” katanya di mahkamah.

Sementara itu, peguam bela, Haresh Mahadevan, memohon agar pasport anak guamnya hanya diserahkan selepas pulang daripada menghadiri mesyuarat di Geneva, Switzerland pada pertengahan Jun.

Namun, permohonan itu tidak dipersetujui mahkamah.

Hakim Azura membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000, tetapi menolak permohonan berkaitan penangguhan penyerahan pasport. Mahkamah turut menetapkan 19 Mei ini sebagai tarikh pengurusan kes.

Berita berkaitan
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
2 jam lalu· Politik
Pelatih silat mengaku tidak bersalah hina institusi Agong
8 jam lalu· Isu semasa
Bekas pegawai NGO berdepan kes rasuah RM98 juta, 2 jam baca 158 pertuduhan
8 jam lalu· Isu semasa
Seorang individu akan didakwa 158 pertuduhan esok: SPRM
June 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RTM ambil langkah sekat akses VPN ke RTMKLIK
June 16, 2026 · Isu semasa
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
1 jam lalu · Isu semasa
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Onn Hafiz dan Loke bertemu selepas perang mulut politik
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka kukuh selepas isyarat positif perjanjian damai AS-Iran
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok