RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz

August 25, 2026 · Politik

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar mempersoalkan pendirian UMNO yang mengangkat tema “jangan mempolitikkan Tabung Haji”, sedangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi itu ditubuhkan ketika parti berkenaan masih berada dalam kerajaan.

Beliau berkata, rakyat berhak mempersoalkan latar belakang penubuhan RCI dan sebab siasatan itu diteruskan ketika kerajaan diterajui UMNO.

“Bukankah RCI Tabung Haji itu sendiri lahir ketika UMNO masih berada dalam kerajaan? Malah, ketika RCI ditubuhkan dan prosesnya berjalan, Ismail Sabri ketika itu menjadi Perdana Menteri dan ramai anggota Kabinet terdiri daripada UMNO dan BN,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mahfuz berkata, justeru tidak wajar RCI itu kini seolah-olah digambarkan sebagai instrumen kerajaan lain untuk menyerang UMNO.

Menurutnya, jika laporan RCI tidak penting atau sekadar membentuk “persepsi”, persoalan utama ialah mengapa kerajaan ketika itu membenarkan siasatan berkenaan dijalankan.

“Kalau dapatan RCI semuanya sekadar ‘persepsi’, mengapa kerajaan ketika itu membenarkan proses siasatan tersebut berjalan? Kalau hari ini kita mahu menghormati dapatan profesional, hormatilah juga dapatan RCI,” katanya.

Beliau turut menegaskan isu Tabung Haji tidak seharusnya dilihat sebagai pertarungan antara Pakatan Harapan (PH), UMNO atau PAS kerana institusi itu berkait dengan kepentingan jutaan pendeposit.

“RCI bukan milik PH. RCI bukan milik UMNO. RCI bukan milik PAS. Tabung Haji milik amanah pendeposit,” katanya.

Mahfuz berkata, beliau bersetuju penjelasan bekas Ketua Audit Negara, Madinah Mohamad mengenai perbezaan metodologi Jabatan Audit Negara (JAN) dan PwC didengar secara terbuka.

Namun, katanya, perbezaan metodologi tidak seharusnya mengaburkan persoalan lebih besar berkaitan pengurusan, pelaburan dan tadbir urus Tabung Haji.

Beliau berkata, laporan RCI turut menyentuh persoalan serius termasuk cadangan audit forensik terhadap beberapa pelaburan, selain dapatan berkaitan transaksi mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

“Inilah yang rakyat mahu tahu. Bukan sekadar ‘kenapa angka JAN RM3.4 bilion, PwC RM1.4 bilion?’, tetapi apa yang sebenarnya berlaku kepada wang dan aset Tabung Haji sehingga persoalan sebesar ini muncul?” katanya.

Mahfuz berkata, UMNO tidak sepatutnya mempertikaikan pihak yang membangkitkan isu RCI kerana parti itu sendiri berada dalam kerajaan ketika proses berkenaan berlangsung.

“Jangan politikkan Tabung Haji, kita setuju. Tetapi jangan pula politikkan laporan RCI dengan hanya mengambil bahagian yang menguntungkan naratif sendiri,” katanya.

Beliau menegaskan Tabung Haji bukan milik mana-mana parti politik, sebaliknya satu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan kepada pendeposit.

Berita berkaitan
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
August 26, 2026· Politik
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
August 26, 2026· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
4 jam lalu· Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
4 jam lalu · Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
7 jam lalu · Politik
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
7 jam lalu · Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
8 jam lalu · Politik
Dua ADUN Bersatu sokong Wan Rosdy hingga PRN-16, parti beri restu
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok