Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dikaitkan dengan penemuan wang RM170 juta sebelum ini.
Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berhubung kes pengisytiharan harta di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, prosiding terhadap Ahli Parlimen Bera itu dijadualkan berlangsung pada 9 pagi di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Peguamnya, Amer Hamzah Arshad, ketika dihubungi mengesahkan Ismail Sabri akan hadir ke mahkamah bagi prosiding berkenaan.
Ismail Sabri, 66, dijangka menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 berkaitan pengisytiharan harta.
Prosiding itu sebelum ini dijadualkan pada 7 Ogos, namun ditangguhkan selepas Ismail Sabri dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) susulan masalah kesihatan.
Hakim Suzana sebelum ini menangguhkan pembacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan selepas Amer Hamzah memohon penangguhan atas alasan anak guamnya mengalami kemungkinan degupan jantung tidak sekata dan dijadual menjalani prosedur pemasangan perentak jantung.
Menurut peguam itu, Ismail Sabri turut mengalami masalah jantung ketika memberikan keterangan kepada SPRM pada 6 Ogos lalu.
Siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu berkait isu pengisytiharan harta dan beliau sebelum ini beberapa kali dipanggil SPRM untuk merakam percakapan.
Kes itu mendapat perhatian selepas SPRM merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen dianggarkan bernilai RM7 juta.
Rampasan dilakukan ketika penggeledahan di kediaman dan sebuah pejabat yang dipercayai digunakan sebagai “rumah selamat”, susulan siasatan terhadap empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.
Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kesembilan Malaysia dari Ogos 2021 hingga November 2022 sebelum pentadbirannya berakhir susulan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15.
Prosiding esok dijangka menjadi perkembangan penting dalam siasatan SPRM yang turut membabitkan dakwaan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
Dua ADUN Bersatu sokong Wan Rosdy hingga PRN-16, parti beri restu
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri