Rata-rata perwakilan UMNO cenderung berunding dengan PAS sahaja: Asyraf Wajdi

13 jam lalu · Politik

UMNO memberi isyarat lebih cenderung mengadakan rundingan secara terus dengan PAS berbanding Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kecenderungan itu dapat dilihat menerusi pandangan dan perbahasan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Menurutnya, UMNO sebelum ini turut mengadakan rundingan dengan PAS dan PN bagi menghadapi pilihan raya, namun pandangan yang disuarakan perwakilan kali ini lebih menjurus kepada rundingan secara langsung dengan PAS.

“Seperti mana dalam pilihan raya lepas, kita memang mengadakan perundingan dengan PAS dan PN.

“Namun kalau lihat daripada perbahasan dan perwakilan, wujud kecenderungan untuk kita fokus kepada perundingan dengan PAS berbanding melihat kepada konteks PN,” katanya pada sidang akhbar di Laman Media PAU 2026, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, jawatankuasa rundingan akan dibentuk oleh pimpinan UMNO apabila tiba masanya bagi menentukan pendekatan parti menghadapi PRU-16.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata negara kini sudah memasuki tempoh sesuai untuk pilihan raya selepas genap tiga tahun daripada penggal lima tahun Parlimen.

Katanya, tempoh selepas tiga tahun itu membolehkan pilihan raya diadakan, meskipun penggal penuh Parlimen masih belum berakhir.

Sementara itu, Asyraf Wajdi menafikan dakwaan hubungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) semakin retak atau menuju perpecahan.

Beliau menegaskan UMNO masih berpegang kepada Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia dan tidak akan mengambil tindakan mengubah kerajaan sebelum Parlimen dibubarkan.

“Selagi mana kita belum sampai tempoh pilihan raya, asasnya kita tidak akan menebuk atap ataupun merubah kerajaan ini dengan perubahan hanya sekadar Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut menegaskan sebarang rundingan politik berkaitan PRU-16 hanya akan dimulakan selepas pembubaran Parlimen diumumkan.

Katanya, mandat bagi menentukan kerajaan seterusnya wajar diserahkan kepada rakyat melalui proses pilihan raya.

“Biarlah rakyat membuat keputusan dan mandat itu diserahkan kepada rakyat,” katanya.

UMNO kini berada dalam Kerajaan Perpaduan bersama BN, PH dan beberapa parti lain selepas PRU-15 gagal menghasilkan majoriti mudah kepada mana-mana gabungan.

Pada masa sama, PAS menjadi komponen utama PN dan mempunyai kekuatan politik besar khususnya di beberapa negeri di Pantai Timur dan utara Semenanjung.

Berita berkaitan
Syarat UMNO: Adakah PAS sanggup cerai Wawasan sama seperti Bersatu?
1 jam lalu· Politik
Selagi ada majoriti, tak perlu layan desakan PRU awal
1 jam lalu· Politik
UMNO jangan satu kaki kerajaan, satu kaki pembangkang: AMK
2 jam lalu· Politik
Selepas berdegar-degar, Zahid umum UMNO kekal dalam Kerajaan Perpaduan
5 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid : Jangan cabar UMNO keluar Kerajaan Perpaduan
8 jam lalu · Politik
UMNO jangan bergantung parti lain, bina kekuatan sendiri : Mohamad
9 jam lalu · Politik
PKR tolak PRU-16 awal, tunggu sehingga habis penggal: Saifuddin Nasution
11 jam lalu · Politik
PH Melaka sedia bertanding, tak takut BN Plus
14 jam lalu · Politik
UMNO Kedah tolak PN gelar ‘parti kucing’, pilih runding terus dengan PAS
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok