Ahmad Zahid Hamidi menyindir ‘ceplos’ agar tidak mencabar UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan
Presiden UMNO itu turut menasihatkan ‘ceplos’ supaya mengenang peranan parti itu dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.
Beliau turut meminta supaya Kerajaan Perpaduan mengeluarkan UMNO secara rasmi melalui pengundian di Dewan Rakyat, jika mahu parti itu meninggalkan Kerajaan Perpaduan.
“Kerajaan Perpaduan jadi sebab UMNO tahu. Perdana Menteri jadi Perdana Menteri sebab sokongan UMNO tahu.
“Bila sudah ada 153 (sokongan ahli Dewan Rakyat) engkau ingat……,” katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 hari ini.
Tambah Zahid pihak yang mahu UMNO meninggalkan kerajaan perlu berani berdepan dengan implikasi keputusan berkenaan.
Ia kerana, kerajaan hari ini terbentuk dengan sokongan UMNO.
“Jangan kita keluar daripada kerajaan hanya kerana tekanan tertentu. Kalau ada yang mahu keluar daripada kerajaan, keluarlah dengan berani.
Ahmad Zahid berkata, kedudukan UMNO dalam kerajaan tidak boleh dipandang ringan kerana sokongan parti itu turut menjadi asas kepada pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut beliau, perkara itu turut jelas dalam Perjanjian Persefahaman Kerjasama bagi membentuk kerajaan gabungan yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia.
Dalam masa sama, Ahmad Zahid menegaskan UMNO mempunyai hak menentukan hala tuju politiknya sendiri tanpa perlu diajar oleh parti lain.
“Rumah ini ada tuannya. Rumah UMNO ini ada tuannya. Tuan UMNO ialah ahli-ahli UMNO di seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata, perbahasan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2026 juga menunjukkan perwakilan lebih memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti, membela rakyat dan menghadapi PRU16, bukannya mencampuri urusan parti lain.
“Kita tidak sedikit pun cuba mengajar parti lain bagaimana mentadbir parti masing-masing. Kita cuma membincangkan bagaimana memperkukuhkan UMNO, membela rakyat dan menghadapi PRU16,” katanya.
Ahmad Zahid turut menegaskan, UMNO tidak perlu meniru mana-mana parti lain kerana parti itu mempunyai prinsip, identiti dan hala tuju tersendiri.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan supaya kekuatan UMNO terus dipelihara selepas kejayaan parti di Johor dan Negeri Sembilan, termasuk membawa semangat sama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Katanya, kejayaan tersebut perlu diteruskan dengan kesatuan dan kekuatan dalaman parti bagi memastikan UMNO terus menjadi kuasa politik yang relevan.
“UMNO mempunyai hubungan politik kita sendiri bagi menentukan hala tuju kita sendiri,” katanya.
UMNO jangan bergantung parti lain, bina kekuatan sendiri : Mohamad
PKR tolak PRU-16 awal, tunggu sehingga habis penggal: Saifuddin Nasution
Rata-rata perwakilan UMNO cenderung berunding dengan PAS sahaja: Asyraf Wajdi
PH Melaka sedia bertanding, tak takut BN Plus
UMNO Kedah tolak PN gelar ‘parti kucing’, pilih runding terus dengan PAS
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum