Selepas berdegar-degar, Zahid umum UMNO kekal dalam Kerajaan Perpaduan

5 jam lalu · Politik

UMNO kekal dengan pendirian untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran semasa, selaras dengan resolusi yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian itu perlu dihormati walaupun wujud perbezaan pandangan antara parti yang membentuk kerajaan.

Menurutnya, UMNO tidak akan mengambil pendirian untuk menentang mana-mana pemimpin dalam kerajaan, termasuk Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Pendirian kita adalah tidak menyanggah mana-mana susuk tubuh, terutama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerana resolusi yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO harus dihormati.

“Kita akan terus bersama-sama Kerajaan Perpaduan Malaysia yang ada ini hingga akhir penggal. Kita pun tidak tahu bila akhir penggal,” katanya pada sidang media sempena PAU 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, perbezaan pendapat dalam kerajaan gabungan adalah perkara biasa dan perlu ditangani secara profesional demi memastikan pentadbiran terus berjalan dengan baik.

Katanya, pemimpin UMNO yang menganggotai Jemaah Menteri tetap akan melaksanakan tanggungjawab mereka secara profesional walaupun terdapat pandangan berbeza dalam beberapa perkara.

“Selama kami berada di dalamnya, memang ada perbezaan pendapat tetapi kita ialah anggota Jemaah Menteri dan juga kepimpinan parti yang profesional.

“Kita mengambil pendirian bahawa perbezaan pendapat itu harus dihormati. Begitu juga kami menghormati perbezaan pendapat yang dilontarkan oleh mereka,” katanya.

Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022 selepas tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.

Gabungan itu melibatkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa parti lain.

Pendirian terbaharu UMNO itu hadir ketika landskap politik negara mula dipengaruhi perbincangan mengenai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang, termasuk rundingan kerusi dan hala tuju kerjasama antara parti.

Berita berkaitan
Syarat UMNO: Adakah PAS sanggup cerai Wawasan sama seperti Bersatu?
September 12, 2026· Politik
Selagi ada majoriti, tak perlu layan desakan PRU awal
September 12, 2026· Politik
UMNO jangan satu kaki kerajaan, satu kaki pembangkang: AMK
1 jam lalu· Politik
Zahid : Jangan cabar UMNO keluar Kerajaan Perpaduan
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO jangan bergantung parti lain, bina kekuatan sendiri : Mohamad
8 jam lalu · Politik
PKR tolak PRU-16 awal, tunggu sehingga habis penggal: Saifuddin Nasution
10 jam lalu · Politik
Rata-rata perwakilan UMNO cenderung berunding dengan PAS sahaja: Asyraf Wajdi
12 jam lalu · Politik
PH Melaka sedia bertanding, tak takut BN Plus
13 jam lalu · Politik
UMNO Kedah tolak PN gelar ‘parti kucing’, pilih runding terus dengan PAS
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok