Kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Kerajaan memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pagi ini.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Malek Razak Sulaiman, membantu urusan pengurusan jenazah serta pelaksanaan istiadat berkenaan.
Menurut Anwar, pemergian Siti Hasmah merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan seluruh rakyat Malaysia.
“Bagi pihak Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat Malaysia, saya menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menghembuskan nafas terakhir di IJN pagi tadi.
“Negara tetap mengenang sosok keibuan dan menghargai jasa Allahyarham,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anwar turut menyampaikan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga Allahyarham yang sedang menghadapi kehilangan itu.
“Ingatan dan doa saya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga dalam menghadapi kehilangan ini.
“Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal baktinya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” katanya.
Siti Hasmah, yang merupakan isteri kepada Mahathir, dikenali sebagai antara tokoh wanita penting dalam sejarah negara, khususnya menerusi sumbangannya dalam bidang kesihatan, kebajikan dan pembangunan masyarakat.
Shuhaily dijangka beri penjelasan video tular di KLIA
Isu akaun WhatsApp: MCMC beri Meta hingga 2 Oktober beri penjelasan
29 kawasan catat IPU tidak sihat, Selangor paling terjejas
KPMG cadang SST lebih mesra perniagaan: Bernama
MEF: Kenaikan gaji minimum perlu ikut kemampuan majikan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum