29 kawasan catat IPU tidak sihat, Selangor paling terjejas

September 30, 2026 · Isu semasa

Sebanyak 29 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10 pagi ini, dengan beberapa kawasan di Selangor mencatat bacaan tinggi.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia mencatat bacaan tertinggi iaitu 175, diikuti Nilai, Negeri Sembilan dengan 170 dan Shah Alam, Selangor pada 170.

Di Selangor, kawasan lain yang turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Cheras (172), Klang (163), Petaling Jaya (161), Banting (159) dan Kuala Selangor (152).

Sementara itu, Kuala Lumpur dan Batu Muda masing-masing mencatat bacaan IPU 166.

Di Negeri Sembilan, selain Nilai, Seremban merekodkan bacaan 161 manakala Port Dickson 153.

Johor turut merekodkan enam kawasan pada tahap tidak sihat iaitu Pasir Gudang (168), Larkin (165), Kota Tinggi (159), Pengerang (153), Batu Pahat (152) dan Kluang (121).

Di Pahang, Indera Mahkota dan Balok Baru di Kuantan masing-masing mencatat bacaan 162, manakala Rompin dan Jerantut masing-masing merekodkan 133 dan 122.

Di Terengganu pula, Kuala Terengganu mencatat bacaan 157, Kemaman (152) dan Paka (151).

Melaka merekodkan bacaan tidak sihat di Bandaraya Melaka dengan 155 dan Bukit Rambai sebanyak 153.

Selain itu, Seri Manjung dan Tanjung Malim di Perak masing-masing mencatat bacaan 151, manakala Putrajaya merekodkan bacaan 163.

Secara keseluruhan, sebanyak 36 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana, manakala tiga kawasan berada pada tahap baik.

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 berada pada tahap tidak sihat. Bacaan 201 hingga 300 dikategorikan sangat tidak sihat dan melebihi 300 sebagai berbahaya.

Keadaan kualiti udara biasanya dipantau dengan lebih dekat apabila bacaan meningkat, khususnya bagi kawasan yang mengalami pencemaran udara berpanjangan. Orang ramai boleh merujuk bacaan APIMS semasa sebelum melakukan aktiviti luar.

Berita berkaitan
Prabowo mohon maaf kepada Malaysia, Singapura susulan isu jerebu
November 15, 2026· Isu semasa
Malaysia mahu ASEAN serius tangani jerebu rentas sempadan
November 15, 2026· Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
October 28, 2026· Isu semasa
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
2 jam lalu · Isu semasa
SPR daftar hampir 42,000 pengundi baharu pada Oktober
6 jam lalu · Isu semasa
MySIREN lebih pantas daripada SMS, data pengguna kekal selamat: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
MySIREN dilancar, amaran kecemasan terus ke telefon bimbit
9 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok