Prabowo mohon maaf kepada Malaysia, Singapura susulan isu jerebu

24 jam lalu · Isu semasa

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memohon maaf kepada Malaysia dan Singapura susulan kejadian jerebu rentas sempadan akibat kebakaran hutan dan tanah yang berlarutan hampir empat bulan di negara itu.

Permohonan maaf itu disampaikan bagi pihak kerajaan dan rakyat Indonesia ketika berucap pada sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 yang dipengerusikan Presiden Filipina, Ferdinand R Marcos Jr., di Manila.

Prabowo mengakui kebakaran berkenaan memberi kesan kepada masyarakat di negara jiran, khususnya Malaysia dan Singapura, akibat pencemaran udara yang merentasi sempadan.

Menurut laporan Kompas yang memetik kenyataan Biro Akhbar, Media dan Maklumat Sekretariat Presiden Indonesia, beliau memberi jaminan kerajaan sudah menggerakkan pelbagai usaha bagi menangani kebakaran hutan dan tanah.

Indonesia turut mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang dikenal pasti terbabit dalam aktiviti pembakaran hutan dan tanah.

“Kerajaan Indonesia mengamalkan dasar sifar toleransi terhadap syarikat yang terbabit dalam kebakaran hutan dan tanah, selain mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk pembatalan konsesi serta prosiding undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 17 konsesi syarikat sudah dibatalkan, manakala 26 syarikat sedang disiasat dan 11 lagi sudah didakwa.

Sebanyak 23 syarikat turut dijadualkan menghadapi pendakwaan, sementara keseluruhan 104 syarikat sedang disiasat pihak polis.

Dalam usaha memadam kebakaran, Indonesia menggerakkan kira-kira 71,000 anggota operasi yang berdepan risiko besar ketika menjalankan tugas.

“Kita sudah menggerakkan 71,000 anggota pemadam kebakaran hutan. Kita kehilangan 16 nyawa, manakala ramai lagi cedera ketika memerangi kebakaran. Kita juga kehilangan dua helikopter,” katanya.

Prabowo turut mengakui pendekatan menangani kebakaran hutan perlu diperbaiki dengan memberi lebih penekanan kepada langkah pencegahan, bukan sekadar operasi pemadaman dan mitigasi selepas kebakaran berlaku.

Sehubungan itu, Indonesia sedang membuat persiapan menubuhkan sebuah agensi baharu serta melaksanakan beberapa program bagi memperkukuh sistem pencegahan kebakaran hutan dan tanah.

Isu jerebu rentas sempadan bukan perkara baharu di rantau Asia Tenggara, khususnya ketika musim kering yang meningkatkan risiko kebakaran hutan dan tanah. Fenomena itu sering menjejaskan kualiti udara, kesihatan awam serta aktiviti ekonomi di negara jiran.

Sidang kemuncak berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta pemimpin negara anggota ASEAN lain.

Berita berkaitan
Presiden Perancis tiba di Malaysia, perkukuh hubungan dua hala
1 jam lalu· Isu semasa
Tiga pelancong Malaysia didenda RM1,447 gara-gara halang trafik di Hat Yai
November 15, 2026· Isu semasa
Malaysia mahu ASEAN serius tangani jerebu rentas sempadan
November 15, 2026· Isu semasa
Tiada negara mampu tangani cabaran telekomunikasi sendirian: Fahmi
November 11, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia kekal kerusi Majlis ITU, raih 145 undi
7 jam lalu · Isu semasa
KWSP raih RM83.32 bilion hasil pelaburan dalam sembilan bulan
10 jam lalu · Isu semasa
Tipu selebriti urusan hartanah, lelaki dipenjara setahun dan dua sebatan
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar ke Shenzhen, bakal temui Xi Jinping semasa APEC
11 jam lalu · Isu semasa
PMKS berpeluang tembusi pasaran China menerusi ACFTA 3.0: PMX
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
9 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok