Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan

October 8, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu susulan penyebaran kandungan disyaki palsu di Facebook yang mengaitkan dua kes kematian pelajar di Indonesia dan Malaysia.

Kandungan itu dimuat naik pada 5 Oktober lalu dan mendakwa kematian seorang pelajar lelaki warga Indonesia berusia tujuh tahun mempunyai kaitan dengan kes kematian Irene Sofiya di Yong Peng, Johor.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan hantaran berkenaan turut mengaitkan kedua-dua insiden dengan pentadbiran Kerajaan Malaysia sehingga berpotensi menimbulkan kekeliruan serta salah faham mengenai sistem persekolahan negara.

Susulan penyebaran kandungan tersebut, MCMC telah mengambil rakaman percakapan individu berkenaan pada 7 Oktober lalu bagi membantu siasatan.

“Satu unit telefon bimbit berserta kad SIM yang digunakan oleh suspek untuk memuat naik kandungan berkenaan turut disita bagi membantu siasatan,” menurut MCMC.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

MCMC berkata penyebaran kandungan palsu dipandang serius kerana ia bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah berpotensi menjejaskan perasaan dan sensitiviti keluarga serta rakan mangsa, lebih-lebih lagi apabila membabitkan kehilangan nyawa.

Dalam perkembangan sama, MCMC mengingatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan fakta dan sumber sebelum memuat naik atau berkongsi sesuatu kandungan di media sosial.

Pengguna juga diminta menghormati sensitiviti pihak yang terkesan serta menggunakan platform media sosial secara beretika dan bertanggungjawab.

Berita berkaitan
Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran
4 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: RM5 bilion perkukuh internet, RM142 juta untuk NADI
5 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
15 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
24 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu
4 jam lalu · Isu semasa
Raja Jordan lawat Malaysia dua hari mulai Ahad
5 jam lalu · Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
5 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
5 jam lalu · Isu semasa
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok