Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran

October 11, 2026 · Isu semasa

Lebih 400,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan bulanan bawah RM2,500 bakal menikmati penangguhan bayaran balik pinjaman menerusi inisiatif Belanjawan 2027.

Pengerusi PTPTN, Norliza Abdul Rahim, berkata kerajaan turut menetapkan bayaran balik minimum RM50 sebulan bagi peminjam berpendapatan antara RM2,501 hingga RM3,000.

Beliau berkata, empat inisiatif diperkenalkan menerusi Belanjawan 2027 bagi meringankan beban peminjam, di samping memastikan kelestarian dana pembiayaan pendidikan tinggi negara.

Menurutnya, kerajaan turut memberikan diskaun 10 peratus kepada peminjam aktif yang tidak mempunyai tunggakan serta membuat bayaran balik secara konsisten dan teratur.

“Sebagai pengiktirafan kepada peminjam yang berdisiplin dalam melaksanakan tanggungjawab pembayaran balik, diskaun 10 peratus diberikan kepada peminjam aktif yang tidak mempunyai tunggakan serta membuat bayaran secara konsisten dan teratur,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Selain membantu peminjam berpendapatan rendah, kerajaan turut memperkenalkan insentif kepada majikan yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja mereka.

Potongan cukai disediakan kepada majikan terbabit bagi bayaran yang dibuat mulai Januari 2027 hingga Disember 2028.

Norliza berkata, langkah itu dijangka menggalakkan lebih banyak majikan membantu mengurangkan beban hutang pekerja, sekali gus meningkatkan kebajikan mereka.

Beliau berkata, pelaksanaan penangguhan bayaran dan bayaran balik minimum itu tertakluk kepada pengesahan maklumat pendapatan peminjam menerusi semakan silang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“PTPTN akan terus komited melaksanakan hasrat kerajaan menerusi Belanjawan 2027 bagi memperluas akses pendidikan yang lebih inklusif, meningkatkan kesejahteraan peminjam dan memastikan kelestarian dana pembiayaan pendidikan,” katanya.

Perincian lanjut mengenai syarat kelayakan dan kaedah pelaksanaan inisiatif berkenaan akan diumumkan PTPTN dalam masa terdekat.

Berita berkaitan
Belanjawan 2027: Gaji bawah RM2,500 boleh tangguh bayaran PTPTN
October 9, 2026· Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
October 8, 2026· Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
October 8, 2026· Isu semasa
10,000 pelajar B40 dapat manfaat pelupusan hutang PTPTN
October 7, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu
October 11, 2026 · Isu semasa
Raja Jordan lawat Malaysia dua hari mulai Ahad
October 11, 2026 · Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
October 11, 2026 · Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
October 11, 2026 · Isu semasa
Belanjawan 2027: RM5 bilion perkukuh internet, RM142 juta untuk NADI
October 11, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok