Raja Jordan lawat Malaysia dua hari mulai Ahad

October 11, 2026 · Isu semasa

Raja Jordan, Raja Abdullah II, mengadakan lawatan negara selama dua hari ke Malaysia bermula Ahad atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bagi memperkukuh hubungan dua hala yang terjalin sejak lebih enam dekad lalu.

Kementerian Luar atau Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan lawatan itu merupakan lawatan negara kedua Raja Abdullah II ke Malaysia selepas kunjungan pertama pada Mei 2008.

“Lawatan negara ini berlangsung ketika Malaysia dan Jordan meraikan lebih enam dekad hubungan diplomatik yang mula dijalinkan pada 1965,” menurut kenyataan itu.

Baginda diiringi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri dan Ekspatriat Jordan, Ayman Safadi, serta pegawai kanan Istana Diraja Hasyimiah dan kerajaan Jordan.

Sepanjang lawatan, Raja Abdullah II dijadual disambut menerusi Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara sebelum menghadap Sultan Ibrahim. Baginda turut diraikan dalam Majlis Jamuan Negara dan dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Menurut Wisma Putra, Malaysia dan Jordan mempunyai hubungan rapat dalam pelbagai bidang, khususnya pendidikan, selain berkongsi komitmen terhadap keamanan dan kestabilan serantau.

Hubungan pendidikan antara kedua-dua negara terus berkembang apabila seramai 1,636 pelajar Malaysia sedang melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tinggi di Jordan setakat 2026, manakala lebih 1,490 pelajar Jordan menuntut di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

“Kedua-dua negara terus menggalakkan kerjasama pendidikan, kolaborasi akademik dan perkongsian kepakaran, di samping memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi dan penyelidikan saintifik,” menurut kenyataan itu.

Dalam isu antarabangsa, Malaysia dan Jordan turut berkongsi pendirian untuk memelihara keamanan serta memperjuangkan hak sah rakyat Palestin, khususnya dalam usaha memastikan kestabilan berkekalan di Asia Barat.

Dari sudut ekonomi, perdagangan dua hala Malaysia-Jordan mencatatkan nilai RM993.4 juta pada 2025, meningkat 15.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Prestasi perdagangan itu terus menunjukkan perkembangan positif apabila nilainya meningkat 8.0 peratus kepada RM740.7 juta bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Lawatan Raja Abdullah II dijangka menjadi platform untuk memperkukuh hubungan diplomatik, memperluas kerjasama ekonomi serta meningkatkan pertukaran dalam bidang pendidikan dan penyelidikan antara kedua-dua negara.

Berita berkaitan
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
19 jam lalu· Isu semasa
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
October 8, 2026· Isu semasa
Agong, Raja Permaisuri zahir takziah atas pemergian Tun Dr Hasmah
September 28, 2026· Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
September 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran
October 11, 2026 · Isu semasa
Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu
October 11, 2026 · Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
October 11, 2026 · Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
October 11, 2026 · Isu semasa
Belanjawan 2027: RM5 bilion perkukuh internet, RM142 juta untuk NADI
October 11, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok