Mahfuz persoal Sanusi: Mana hasil projek mega Kedah?

15 jam lalu · Politik

Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar mempersoalkan kritikan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang melabel Belanjawan 2027 sebagai “bajet gula-gula”, sedangkan rakyat masih menunggu hasil pelaksanaan beberapa projek mega di negeri itu.

Mahfuz berkata, bantuan kepada pelajar, usaha meningkatkan pendapatan rakyat, projek tebatan banjir dan penambahbaikan kemudahan awam tidak seharusnya dianggap sebagai usaha memancing sokongan politik, sebaliknya merupakan tanggungjawab kerajaan.

Menurutnya, bantuan yang benar-benar sampai kepada rakyat lebih bermakna berbanding pengumuman pelaburan dan projek bernilai berbilion ringgit yang hasilnya masih belum dapat dinikmati.

“Apa salahnya kerajaan memberi gula-gula kepada rakyat kalau gula-gula itu benar-benar sampai ke tangan mereka?

“Bukankah lebih baik daripada rakyat disuapkan gula-gula pengumuman 10 projek mega Kedah sejak 2020, tetapi hasilnya masih belum dapat dirasai?” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, rakyat tidak dapat membayar bil air hanya dengan angka pelaburan yang diumumkan, selain tidak boleh menggunakan pengumuman projek untuk memenuhi keperluan harian keluarga.

Mahfuz turut membangkitkan beberapa rancangan pembangunan di Kedah, termasuk projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dan cadangan pembangunan berskala besar lain yang menurutnya perlu dinilai berdasarkan kemajuan pelaksanaan, bukannya sekadar pengumuman.

Katanya, projek mega mungkin kelihatan menarik ketika diumumkan, namun persoalan utama rakyat ialah bila pembinaan akan bermula, bila projek dapat disiapkan dan bila manfaatnya boleh dinikmati.

“Kita tidak menolak pembangunan besar untuk Kedah. Kita mahu Kedah maju. Tetapi jangan sampai pengumuman projek lebih laju daripada pelaksanaannya,” katanya.

Mahfuz menegaskan, kejayaan sesebuah kerajaan tidak seharusnya diukur berdasarkan nilai pelaburan atau jumlah projek yang diumumkan semata-mata, sebaliknya berdasarkan sejauh mana masalah rakyat dapat diselesaikan.

Beliau turut mempersoalkan tindakan memperlekeh bantuan Kerajaan MADANI kepada rakyat Kedah hanya kerana bantuan itu datang daripada kerajaan yang sering dikritik Sanusi.

“Kalau bantuan Kerajaan MADANI sampai kepada rakyat Kedah, rakyat Kedah juga yang mendapat manfaat. Mengapa pula perlu diperlekeh hanya kerana bantuan itu datang daripada kerajaan yang Sanusi suka kritik?” katanya.

Sehubungan itu, Mahfuz mencabar Sanusi menjelaskan mana yang lebih bermanfaat kepada rakyat, bantuan yang diterima hari ini atau projek bernilai berbilion ringgit yang masih dinanti-nantikan hasilnya.

“Rakyat tidak makan sindiran. Rakyat perlukan hasil. Kalau bantuan disebut gula-gula, pastikan rakyat dapat menikmatinya. Kalau projek mega disebut pembangunan, pastikan rakyat dapat melihat hasilnya,” katanya.

Berita berkaitan
Belanjawan: M40 nikmati pelepasan cukai lebih tinggi tahun depan
5 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: MCMC sasar manfaat digital sampai ke luar bandar
15 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: Bantuan RM80 bilion lindungi kuasa beli rakyat
15 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: Sentimen pelabur positif, Bursa Malaysia dibuka tinggi
15 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Syed Saddiq kekal rekod hadir penuh Parlimen, tidak pernah ponteng
5 jam lalu · Politik
Rayer hargai kelulusan RM5 juta bina masjid di Jelutong
8 jam lalu · Politik
Kes DNAA Zahid: Badan Peguam tunggu keputusan rayuan 14 Jun tahun depan
10 jam lalu · Politik
AMK: GPS, GRS sanggup terima PM daripada PAS?
11 jam lalu · Politik
Isu perkataan ‘lighad’: Lim Sian See dipanggil polis
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok