Kes Polis.
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See, dipanggil polis bagi memberikan keterangan berhubung hantaran di media sosialnya yang mempersoalkan penggunaan perkataan “lighad” dalam teks ucapan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Menurut sumber, Sian See dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada jam 12.45 tengah malam Ahad sebelum kes berkenaan dirujuk kepada Bukit Aman untuk tindakan lanjut.
Beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.
Isu itu timbul selepas Sian See mempersoalkan penggunaan perkataan “lighad” dalam ucapan Anwar ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.
Dalam hantaran berkenaan, beliau mempersoalkan perkataan itu sebelum mengaitkannya secara sinis dengan perkataan lain.
Perkataan “lighad” merujuk kepada maksud esok atau masa hadapan dan dipetik daripada Surah al-Hasyr, ayat 18.
Ayat berkenaan membawa peringatan kepada umat Islam supaya bertakwa kepada Allah dan memperhatikan persediaan yang dilakukan untuk hari esok, termasuk amalan serta tanggungjawab masing-masing.
Penggunaan perkataan itu dalam ucapan Belanjawan 2027 kemudiannya mencetuskan perbincangan di media sosial, khususnya berhubung maksud dan konteks penggunaannya.
Bagaimanapun, setakat laporan ini disediakan, tiada maklumat lanjut mengenai hasil siasatan polis atau kemungkinan tindakan susulan terhadap pempengaruh berkenaan.
Syed Saddiq kekal rekod hadir penuh Parlimen, tidak pernah ponteng
Rayer hargai kelulusan RM5 juta bina masjid di Jelutong
Kes DNAA Zahid: Badan Peguam tunggu keputusan rayuan 14 Jun tahun depan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum