Mohamad Hasan sahkan rakyat Malaysia di Riyadh selamat

October 14, 2026 · Isu semasa

Rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Riyadh, Arab Saudi, dilaporkan berada dalam keadaan selamat meskipun ketegangan keselamatan di negara itu masih berlarutan.

Menteri Luar Mohamad Hasan berkata, laporan harian daripada Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan konsulat di Jeddah mengesahkan rakyat Malaysia di kedua-dua bandar berkenaan berada dalam keadaan baik.

“Laporan setiap hari saya terima daripada kedutaan kita di Riyadh dan juga di Jeddah, konsul kita di Jeddah, menyatakan keadaan rakyat Malaysia semua okey.

“Pekerja-pekerja rakyat Malaysia di situ semua okey,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria oleh Kementerian Kerja Raya kepada Kementerian Luar dan tiga lagi premis kerajaan, hari ini.

Beliau berkata, pihak kedutaan sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia bagi memantau perkembangan keselamatan serta memastikan kebajikan mereka terpelihara.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia di Arab Saudi dinasihatkan supaya mengelakkan kawasan awam dan lokasi strategik yang berpotensi menjadi sasaran serangan.

Mohamad turut menggesa mereka supaya mengehadkan pergerakan dan, jika boleh, kekal berada di rumah sehingga keadaan kembali stabil.

“Seboleh mungkin mereka duduk di rumah dan kita menggunakan e-Konsular untuk mereka dapat berhubung,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan beberapa rakyat Malaysia di Jeddah terkandas buat sementara waktu susulan pembatalan penerbangan pulang akibat gangguan operasi syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa.

Beliau berkata keadaan keselamatan masih belum reda selepas satu lagi serangan dilaporkan berlaku pada Selasa, dengan kompleks Aramco, syarikat minyak Arab Saudi, dilaporkan menjadi sasaran.

Justeru, rakyat Malaysia yang tidak mempunyai urusan mendesak dinasihatkan menangguhkan atau menjadualkan semula perjalanan ke Arab Saudi sehingga keadaan keselamatan bertambah baik.

Berita berkaitan
Lapangan Terbang Riyadh Ditutup Hingga 17 Oktober
October 13, 2026· Isu semasa
Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan
October 12, 2026· Isu semasa
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
October 12, 2026· Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
October 11, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 9,600 akaun keldai sudah dikenakan tindakan
October 14, 2026 · Isu semasa
Kerajaan sasar 500,000 pekerjaan baharu menerusi teknologi AI: Menteri Ekonomi
October 14, 2026 · Isu semasa
Akta Perkhidmatan Parlimen perkukuh reformasi institusi: Anwar
October 14, 2026 · Isu semasa
Penjawat awam nikmati rebat Pandapro hingga Disember
3 jam lalu · Isu semasa
Enam negeri dapat RM21.26 bilion untuk belanja pembangunan: Menteri Ekonomi
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok