Mohamad Sabu.
Parti Amanah diperuntukkan lapan daripada 28 kerusi yang bakal ditandingi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata pembahagian kerusi itu masih belum dimuktamadkan sepenuhnya dan akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama kepimpinan PH.
Beliau berkata, Amanah bagaimanapun sudah menetapkan pendirian untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil yang kini disandang parti itu.
“Amanah diperuntukkan lapan kerusi. Cuma belum dimuktamadkan lagi di kerusi mana-mana.
“Kecuali Bukit Katil itu sudah tentu kami mahu pertahankan,” katanya selepas menghadiri Konvensyen Amanah negeri Kelantan 2026 di sini pada Jumaat.
Mohamad turut memaklumkan pengumuman calon PH bagi PRN Melaka dijadualkan pada Sabtu oleh Pengerusi PH negeri.
PRN Melaka kali ini menyaksikan perebutan 28 kerusi DUN selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada 23 September lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 31 Oktober, manakala pengundian dijadualkan berlangsung pada 14 November.
Pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen PH menjadi antara perkara penting bagi memastikan kerjasama politik gabungan itu berjalan lancar dan mengelakkan pertembungan sesama sendiri.
Mahkamah dengar cabaran pn terhadap penggantungan RoS 7 Disember
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
Kes tangkap basah: Nik Nazmi beri keterangan JAIS lebih empat jam
Bersatu masuk bertanding PRN Melaka, umum kerusi 29 Oktober
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum