UMNO digesa beri penjelasan susulan kemurkaan Tuanku Muhriz: Amanah

October 17, 2026 · Politik

Parti Amanah mendesak UMNO memberikan penjelasan berhubung isu titah kemurkaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir terhadap Menteri Besar, Ismail Lasim, yang didakwa berkait dengan surat mengenai kedudukan baginda.

Timbalan Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa, berkata isu itu tidak boleh dipandang ringan kerana menyentuh hubungan antara institusi Raja dengan pentadbiran negeri serta persoalan keluhuran Perlembagaan.

Beliau mempersoalkan pendirian UMNO yang didakwa masih berdiam diri walaupun isu berkenaan membabitkan Menteri Besar daripada parti itu.

“UMNO selama ini begitu lantang mendakwa dirinya pembela Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu. Namun, apabila Menteri Besar daripada UMNO sendiri dikaitkan dengan tindakan yang menyentuh kedudukan seorang Raja Melayu, mengapa pimpinan UMNO membisu?” katanya dalam kenyataan.

Mujahid turut mempersoalkan surat yang didakwa dihantar Ismail kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang menurut dakwaan itu menyatakan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) adalah sah dan mempertikaikan kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar.

Menurutnya, kandungan penuh surat berkenaan perlu didedahkan supaya rakyat dapat memahami perkara sebenar.

Beliau juga merujuk pendirian Jabatan Peguam Negara yang menurut kenyataannya menegaskan Menteri Besar dan Exco tidak mempunyai kuasa untuk menurunkan Yang di-Pertuan Besar atau mengisytiharkan jawatan berkenaan kosong.

Mujahid mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri turut enggan mewartakan proklamasi berkenaan kerana dianggap tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa UMNO menjelaskan sama ada kepimpinan parti mengetahui atau merestui surat berkenaan, selain menyatakan pendirian terhadap keputusan Exco yang didakwa mempertikaikan kedudukan Tuanku Muhriz.

Mujahid turut mendesak Ismail mendedahkan dan menarik balik surat itu sekiranya kandungannya benar seperti yang dipersoalkan dalam titah baginda.

Beliau berkata Menteri Besar berkenaan juga perlu memohon ampun kepada Tuanku Muhriz serta meminta maaf kepada rakyat Negeri Sembilan dan seluruh rakyat Malaysia jika dakwaan itu terbukti benar.

“Jika Ismail tidak mampu memberikan penjelasan yang meyakinkan dan memulihkan hubungan dengan Istana, beliau tidak lagi mempunyai kewibawaan moral untuk meneruskan tugas sebagai Menteri Besar dan wajar meletakkan jawatan,” katanya.

Mujahid menegaskan jawatan Menteri Besar bukan hak milik mana-mana parti politik, sebaliknya amanah perlembagaan yang perlu dilaksanakan dengan menghormati institusi Raja, undang-undang dan tanggungjawab kepada rakyat.

Beliau menyifatkan isu itu bukan sekadar pertikaian politik, sebaliknya membabitkan prinsip kedaulatan undang-undang serta martabat institusi Raja Melayu.

Berita berkaitan
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
8 jam lalu· Isu semasa
MCA semakin terpinggir dalam BN, dakwa pemimpin PKR
22 jam lalu· Politik
Zahid sahkan MCA kekal bertanding PRN Melaka, calon dipilih kekal
October 27, 2026· Politik
Khabar angin letak jawatan Menteri Besar, Ismail tampil beri penjelasan
October 27, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
7 jam lalu · Politik
MCA tak hadir di pelancaran jentera BN Masjid Tanah, krisis kerusi belum reda?
22 jam lalu · Politik
Mahkamah dengar cabaran PN terhadap penggantungan RoS 7 Disember
22 jam lalu · Politik
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
22 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok