Kes Nik Nazmi: MAIS tegaskan Jais tidak memerangkap sesiapa

October 17, 2026 · Politik

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menafikan dakwaan penahanan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas dakwaan berkhalwat sebagai tindakan penganiayaan atau perangkap terhadap individu berkenaan.

Pengerusi Mais, Salehuddin Saidin, menegaskan Jais menjalankan tanggungjawab berdasarkan aduan rasmi yang diterima serta mengikut peruntukan undang-undang tanpa memanipulasi keadaan untuk mengenakan mana-mana pihak.

Beliau berkata, jabatan agama mempunyai tanggungjawab untuk menjalankan siasatan menyeluruh setiap kali menerima aduan berkaitan kesalahan syariah.

“Bila dikatakan seolah-olah jabatan agama terlibat dalam manipulasi dan sebagainya, ini tidak benar sama sekali. Kami juga ada tanggungjawab mengikut undang-undang apabila aduan dibuat, kami perlu melakukan siasatan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis Ijtimak Pemegang Tauliah Mengajar Negeri Selangor 2026.

Salehuddin berkata, Jais akan meneruskan siasatan secara profesional dan tindakan pendakwaan hanya akan dipertimbangkan sekiranya terdapat keterangan yang jelas serta mencukupi.

“Jadi, percayalah Jais akan menjalankan siasatan sebaik mungkin dan kalau ada keterangan jelas kita akan buat pertuduhan di mahkamah,” katanya.

Mengulas tindakan memaklumkan kes berkenaan kepada umum, beliau berkata langkah itu bertujuan memberikan penjelasan kepada masyarakat mengenai pelaksanaan undang-undang syariah secara adil tanpa mengira latar belakang atau kedudukan seseorang.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai memberikan ruang kepada Jais untuk melengkapkan siasatan dan mengelakkan spekulasi yang boleh menjejaskan proses perundangan.

“Kita tidak boleh menjatuhkan hukum selagi siasatan belum lengkap, kita perlu berlaku adil dan melaksanakan tanggungjawab mengikut peraturan. Sekiranya dilakukan tanpa peraturan dan sebagainya, kita juga akan ditohmah,” katanya.

Terdahulu, Nik Nazmi mengesahkan menerusi kenyataan di Instagram bahawa beliau ialah seorang daripada dua individu yang ditahan Jais di Petaling Jaya pada Khamis lalu atas dakwaan berkhalwat.

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi menghadapi sebarang proses perundangan berkaitan kes berkenaan.

Kes itu mencetuskan perhatian masyarakat susulan penglibatan seorang bekas Ahli Parlimen, sekali gus mengundang pelbagai reaksi mengenai penguatkuasaan undang-undang syariah.

Bagaimanapun, dakwaan berkhalwat itu masih tertakluk kepada proses siasatan dan perundangan. Sebarang keputusan mengenai kesalahan individu berkenaan perlu ditentukan melalui proses yang sewajarnya.

Berita berkaitan
Kes tangkap basah: Nik Nazmi beri keterangan JAIS lebih empat jam
12 jam lalu· Politik
Bersama ambil tindakan terhadap Nik Nazmi susulan isu khalwat
October 17, 2026· Politik
Kes khalwat: Nik Nazmi minta maaf kepada isteri dan parti
October 17, 2026· Politik
JAIS sahkan seorang pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat
October 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
MCA tak hadir di pelancaran jentera BN Masjid Tanah, krisis kerusi belum reda?
5 jam lalu · Politik
Mahkamah dengar cabaran pn terhadap penggantungan RoS 7 Disember
5 jam lalu · Politik
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
5 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
6 jam lalu · Politik
MCA semakin terpinggir dalam BN, dakwa pemimpin PKR
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok