Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu bagi membantu siasatan kesalahan khalwat membabitkan seorang pemimpin kanan parti politik dan selebriti di daerah Petaling, pada Khamis.
Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kedua-dua individu itu ditahan kira-kira jam 6 petang susulan kesalahan yang disyaki dilakukan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Menurutnya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“JAIS menasihatkan umat Islam agar tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikannya bahan spekulasi, perdebatan dan fitnah dalam apa juga cara,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Kes berkenaan mendapat perhatian selepas satu hantaran tular di media sosial memaparkan tangkap layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan sebuah van milik JAIS berada di kawasan tempat letak kereta sebuah premis.
Hantaran itu mencetuskan pelbagai persoalan dan spekulasi, termasuk dakwaan mengaitkan individu yang dilihat memasuki van berkenaan dengan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik.
Bagaimanapun, JAIS tidak mendedahkan identiti kedua-dua individu yang ditahan atau mengesahkan dakwaan mengenai penglibatan pemimpin politik dalam kenyataan rasminya.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat kesimpulan atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan penyebaran fitnah serta menjaga maruah individu yang terlibat.
Kes berkenaan kini dalam siasatan pihak berkuasa agama negeri.
Zahid sahkan MCA kekal bertanding PRN Melaka, calon dipilih kekal
Bersatu masuk bertanding PRN Melaka, umum kerusi 29 Oktober
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
Surat pembubaran DUN Sarawak dihantar kepada SPR
Khabar angin letak jawatan Menteri Besar, Ismail tampil beri penjelasan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum