Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Pengumuman penghargaan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada semua rakyat hari ini yang dinanti-nantikan bakal memberi manfaat dan faedah kepada semua segenap lapisan masyarakat.
Dalam pengumuman hari ini, Anwar berkata bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang sebelum ini dinikmati isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih kini diperluaskan kepada semua rakyat.
Setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 ringgit secara one-off melalui MyKad menerusi SARA.
“Bantuan ini boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025 bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya di seluruh negara.
“Bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya isi rumah. Maknanya, sebuah isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua orang anak dewasa akan dapat RM400,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman penghargaan untuk rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri yang turut disiarkan secara langsung di televisyen hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ikhtiar ini dijangka memanfaatkan 22 juta rakyat melibatkan peruntukan RM2 bilion.
“Ini bermakna, jumlah peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk 2025 – dan ini adalah kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa.
Selain itu, turut diumumkan adalah 15 September depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.
Hari kelepasan ini bagi menghargai ukhuwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia dan juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara.
“Ini mudah-mudahan dapat meningkatkan ukhwah, perpaduan dan mengingatkan kita kehebatan pemuka bangsa dalam mengusulkan pembentukan Malaysia negara tercinta,” katanya.
Turut diumumkan, Kerajaan bersetuju menangguh kenaikan tersebut supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama dengan kos lebih RM500 juta.
Katanya, ini antaranya melibatkan beberapa lebuh raya termasuk Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).
Kos harga tenaga dijangka melonjak susulan krisis di Asia Barat: Bank Dunia
Peniaga lesap RM610,000 terjerat pelaburan palsu
AGC tolak permohonan Namewee, kes dadah diteruskan: Laporan
Projek RM1.1 bilion: Bekas pembantu Rafizi sambung beri keterangan esok
Krisis politik Negeri Sembilan: Persatuan peniaga bimbang ekonomi negeri terjejas
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan