Saifuddin Nasution Ismail.
Mohd Shuhaily Mohd. Zain dikembalikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa minggu lalu selepas sebelum ini ditempatkan secara pinjaman di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan perkara itu ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.
“Sudah, sudah, kita buat keputusan minggu lepas,” katanya.
Menurut Saifuddin, Mohd Shuhaily merupakan pegawai kanan polis yang ditempatkan secara pinjaman di AKPS sebelum dikembalikan kepada pasukan asalnya.
“Jadi, kita kembalikan dia pulang kepada pasukan polis dan pihak polis akan menyusullah,” katanya.
Beliau turut memaklumkan jawatan Ketua Pengarah AKPS yang sebelum ini disandang Mohd Shuhaily akan diisi pegawai polis, namun tidak mendedahkan nama penggantinya.
Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata kedudukan Mohd Shuhaily sedang diteliti dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum