Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah

October 29, 2026 · Isu semasa

Seramai 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan berkaitan dadah bagi tempoh Januari hingga September 2026, meningkat berbanding 1,303 orang sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Lukanisman Awang Sauni berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan kes penahanan rakyat Malaysia berkaitan dadah dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi dengan 381 kes, diikuti China sebanyak 380 kes, Singapura (310), Thailand (102) dan Jepun (72).

“Kerajaan sentiasa mengambil berat dan memantau kes-kes konsular yang melibatkan rakyat Malaysia di luar negara, termasuk rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan lisan Doris Sophia anak Brodi (GPS-Sri Aman) yang meminta penjelasan mengenai jumlah rakyat Malaysia ditahan atau didakwa atas kesalahan berkaitan dadah di luar negara dalam tempoh lima tahun, termasuk negara yang merekodkan kes tertinggi.

Berdasarkan angka yang dikemukakan kementerian, jumlah penahanan meningkat daripada 1,181 orang pada 2024 kepada 1,303 orang pada 2025 sebelum mencecah 1,588 orang bagi sembilan bulan pertama tahun ini.

Dalam perkembangan sama, Lukanisman berkata, Kementerian Luar Negeri melalui perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara akan membantu memastikan hak serta kebajikan rakyat Malaysia yang ditahan terus terpelihara.

Mengulas keberkesanan teknologi pengimbasan di lapangan terbang, beliau berkata kementerian mengambil perhatian terhadap laporan media antarabangsa mengenai rakyat Malaysia yang ditahan kerana membawa dadah ke luar negara.

Katanya, pelbagai modus operandi digunakan untuk menyeludup dadah, termasuk menyembunyikannya di dalam bagasi dan kasut yang diubah suai.

“Kementerian Luar Negeri percaya langkah sewajarnya telah diambil oleh Kementerian Dalam Negeri melalui agensi penguatkuasaan seperti Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan kerjasama kementerian dan agensi berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama antara agensi penguatkuasaan penting bagi memperkukuh kawalan keselamatan di pintu masuk negara, sekali gus mengelakkan kejadian penyeludupan dadah berulang dan menjejaskan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Berita berkaitan
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
October 25, 2026· Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
October 24, 2026· Isu semasa
72 rakyat Malaysia ditahan dalam kes dadah di luar negara: Polis
October 22, 2026· Isu semasa
Polis: Dakwaan edar dadah dekat IPD Sentul kes lama pada 2016
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
October 29, 2026 · Isu semasa
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
14 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
14 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
15 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok