Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis

October 24, 2026 · Isu semasa

Kapal tangki MT Global 168 yang ditahan pihak berkuasa Indonesia bersama 1.16 tan ketamin bernilai kira-kira RM785 juta disahkan milik sebuah syarikat berdaftar di Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan, berkata pengesahan itu dibuat hasil semakan terhadap pemilikan kapal berkenaan.

Menurutnya, syarikat terbabit beribu pejabat di Johor Bahru dan mempunyai dua pengarah warga tempatan berusia lingkungan 40-an dan 50-an.

“Hasil semakan juga mendapati kedua-dua pengarah syarikat berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Hussein berkata, kapal berkenaan pernah memohon pendaftaran di bawah bendera Malaysia, namun belum didaftarkan dan masih menggunakan bendera Mongolia.

Beliau berkata, JSJN akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Polis Republik Indonesia (POLRI) berhubung rampasan dadah berkenaan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, media Indonesia melaporkan kapal itu berlepas dari lokasi penyelenggaraan di Pasir Gudang, Johor, pada September lalu sebelum singgah di Pelabuhan Klang untuk mengisi bekalan air dan bahan api.

Kapal berkenaan kemudian meneruskan pelayaran ke Laut Andaman, Thailand, dan dipercayai menerima muatan ketamin melalui pemindahan barang antara kapal di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Negara Indonesia, Jeneral Suyudi Ario Seto, dilaporkan berkata pihak berkuasa turut mengesan kapal itu mematikan Sistem Pengenalan Automatik (AIS) selama tiga hari 17 jam ketika berada di perairan berkenaan.

Selasa lalu, pasukan penguat kuasa Indonesia memintas MT Global 168 di perairan Tanjung Balai Asahan, Sumatera Utara, sebelum membawanya ke Pelabuhan Belawan untuk pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan menemukan 58 guni mengandungi 1,160 bungkusan ketamin hidroklorida dengan berat keseluruhan kira-kira 1.16 tan.

Rampasan itu dianggarkan bernilai 3.48 trilion rupiah atau kira-kira RM785 juta.

Operasi berkenaan turut membawa kepada penahanan lapan kru kapal, terdiri daripada tujuh warga Indonesia dan seorang warga Taiwan.

Berita berkaitan
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
October 24, 2026· Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
October 23, 2026· Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
October 22, 2026· Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
October 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
October 24, 2026 · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026 · Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
October 24, 2026 · Isu semasa
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
5 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok