CSA perkukuh kestabilan, buka ruang reformasi: PKR

October 29, 2026 · Politik

Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan MADANI dengan beberapa Ahli Parlimen daripada Bersatu, MUDA dan Bebas disifatkan sebagai perkembangan positif ke arah politik lebih matang serta memperkukuh agenda reformasi negara.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, perbezaan pendirian politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha mencari titik persamaan demi kepentingan rakyat dan pembangunan negara.

Menurutnya, kematangan politik bukan bermaksud mengetepikan perbezaan atau mengorbankan prinsip perjuangan, sebaliknya membuka ruang kerjasama dalam perkara yang membawa manfaat kepada rakyat.

“Kita boleh berbeza pandangan, namun tetap mencari kesepakatan dalam perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan pada 29 Oktober.

Fadhlina berkata, persefahaman itu diharap dapat memberikan ruang lebih luas kepada kerajaan untuk menumpukan perhatian terhadap pelaksanaan agenda pembangunan dan reformasi institusi.

Beliau turut menegaskan, perancangan menerusi Belanjawan 2027 perlu diterjemahkan kepada tindakan berkesan supaya manfaatnya benar-benar dirasai rakyat.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh menyifatkan CSA bukan perkara baharu dalam landskap politik negara, sebaliknya mempunyai persamaan dengan pendekatan kerjasama politik yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

Beliau mengingatkan, Pakatan Harapan (PH) pernah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dengan kerajaan pada 2021 bagi memastikan kestabilan politik serta kelancaran pentadbiran negara.

Menurut Fuziah, kerjasama menerusi perjanjian seperti itu boleh memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak apabila kerajaan memperoleh kestabilan untuk melaksanakan dasar, manakala pihak yang terlibat mempunyai ruang untuk menyumbang kepada agenda pembangunan negara.

“Namun, pemenang paling besar mestilah rakyat, kerana akhirnya setiap persefahaman politik perlu diterjemahkan kepada manfaat dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Perkembangan CSA itu hadir ketika kerajaan berusaha memastikan kestabilan pentadbiran dan mendapatkan sokongan mencukupi bagi melaksanakan dasar serta pembaharuan yang dirancang.

Dalam sistem demokrasi berparlimen, sokongan terhadap urusan perbekalan penting bagi membolehkan kerajaan membentangkan dan meluluskan peruntukan untuk membiayai operasi serta program pembangunan negara.

Justeru, keberkesanan CSA bukan hanya bergantung pada persetujuan politik yang dicapai, tetapi juga sejauh mana komitmen berkenaan membantu mempercepat reformasi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Berita berkaitan
CSA jadi landasan kerjasama politik demi rakyat: PMX
October 29, 2026· Politik
Taufiq sambut baik CSA Kerajaan MADANI, ketengah budaya politik matang: Taufiq
October 29, 2026· Politik
Syed Saddiq tandatangan CSA, mahu reformasi segera sebelum PRU
October 29, 2026· Politik
Enam Ahli Parlimen Bersatu tandatangan CSA, terima peruntukan setara
3 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Sanusi bangga cakap Inggeris dialek Sik masih boleh jadi MB Kedah
October 29, 2026 · Politik
UMNO didakwa bermuka-muka, Mahfuz samakan seperti ‘musang berbulu ayam’
4 jam lalu · Politik
BN, PAS sepakat lancar manifesto bersama di Melaka: Rauf
7 jam lalu · Politik
Rosmah gagal penuhi syarat, Global Royalty teruskan tuntutan RM67.5 juta: Laporan
7 jam lalu · Politik
PRN Melaka: MIPP tarik diri, rundingan kerusi dengan PN gagal
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok