Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid

November 2, 2026 · Isu semasa

Malaysia mempunyai bekalan makanan mencukupi untuk menampung keperluan sekurang-kurangnya enam bulan, sekali gus tidak memerlukan langkah kecemasan bagi menghadapi kemungkinan gangguan bekalan barangan keperluan asas ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan sentiasa memantau tahap keterjaminan makanan negara bagi memastikan bekalan mencukupi untuk rakyat serta individu yang berada di Malaysia.

“Kita tidak nampak adanya keperluan ke arah itu kerana dari segi keterjaminan makanan dan tahap simpanan, ia mencukupi.

“Kita tahu sekurang-kurangnya kita mempunyai kapasiti selama enam bulan dari segi keterjaminan makanan,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Kerjasama Malaysia-China dalam Pelaburan, Perdagangan dan Pemerkasaan Ekonomi di sini, hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas langkah beberapa negara yang menggalakkan rakyat menyimpan bekalan makanan, air minuman dan barangan keperluan asas sebagai persediaan menghadapi kemungkinan kecemasan.

Menurut beliau, Malaysia ketika ini tidak berdepan situasi darurat yang memerlukan rakyat membuat persiapan sedemikian secara besar-besaran.

“Kita tidak berada dalam keadaan darurat dan insya-Allah jauh daripada keadaan darurat itu,” katanya.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya 33 negara dilaporkan mengeluarkan panduan kesiapsiagaan kepada penduduk masing-masing bagi menghadapi kemungkinan gangguan bekalan dan situasi kecemasan.

Langkah itu susulan pelbagai ancaman global, termasuk konflik bersenjata, cuaca ekstrem, gangguan bekalan elektrik serta serangan siber yang berpotensi menjejaskan kehidupan harian dan rantaian bekalan.

Antara negara yang mempergiat usaha kesiapsiagaan ialah Perancis dan United Kingdom, yang menyarankan penduduk menyediakan bekalan makanan, air minuman serta barangan asas untuk sekurang-kurangnya 72 jam atau tiga hari.

Dalam keadaan ketidaktentuan global, keterjaminan makanan menjadi antara aspek penting yang perlu diberi perhatian kerajaan bagi mengurangkan risiko kekurangan bekalan dan kenaikan harga barangan.

Bagi Malaysia, keupayaan mengekalkan bekalan makanan mencukupi bergantung pada pemantauan stok, kelancaran pengedaran serta pengurusan rantaian bekalan, selain memastikan barangan asas terus mudah diperoleh rakyat.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PH desak projek terbengkalai didedahkan, gesa siasatan
4 jam lalu· Politik
Isu jalan luar bandar: Zafrul sindir ada pihak guna cybertrooper Vietnam
17 jam lalu· Politik
Perpaduan Melayu-Islam UMNO-PAS hanya helah politik: Amanah Selangor
18 jam lalu· Politik
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
November 1, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
November 2, 2026 · Isu semasa
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
4 jam lalu · Isu semasa
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
4 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media bantu industri hadapi era AI, lindungi pekerja
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok