Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi bersedia mengemukakan dokumen arahan rasmi berhubung pembatalan atau penangguhan projek pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak bagi menyangkal dakwaan beliau cuba mensabotaj Kerajaan MADANI.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menegaskan pendedahan dibuatnya mengenai status pelaksanaan projek berkenaan adalah berdasarkan fakta dan bukannya bertujuan mencetuskan persepsi negatif terhadap kerajaan.
Beliau menjelaskan, sama ada projek terbabit ditangguhkan atau dibatalkan, arahan yang diterima jelas membabitkan pembatalan semua Surat Setuju Terima (SST) yang sudah dikeluarkan atau bakal dikeluarkan.
“Saya tidak bermaksud demikian (mensabotaj), tetapi faktanya begitulah. Sama ada ia ditangguh atau dibatalkan, yang jelas semua SST yang telah dan akan dikeluarkan itu diarahkan untuk dibatalkan.
“Saya mempunyai bukti surat arahan yang dikeluarkan. Saya boleh tunjukkan kepada Ahli Parlimen Jelutong,” katanya selepas merasmikan Majlis Jelajah Pendidikan Tinggi dan TVET MARA Peringkat Negeri Melaka 2026 di Dewan MPJ Alamanda, hari ini.
Kenyataan itu dibuat susulan persoalan dibangkitkan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer ketika perbahasan di Dewan Rakyat semalam.
Rayer mempersoalkan kenyataan Ahmad Zahid mengenai pembatalan projek pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak, malah menyifatkannya sebagai cubaan mensabotaj Kerajaan MADANI.
Isu berkenaan mencetuskan persoalan mengenai kedudukan projek pembangunan yang dirancang untuk kawasan luar bandar di kedua-dua negeri, khususnya dari segi pelaksanaan dan komitmen kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur serta kemudahan masyarakat setempat.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan beliau mempunyai dokumen sokongan untuk membuktikan kenyataan yang dibuat dan bersedia mengemukakannya bagi menjelaskan perkara sebenar.
Kumpulan NGO gesa kerajaan dan blok pembangkang sepakat laksana lapan reformasi
AMK bidas Hadi persoal CSA sehingga samakan pendekatan Dajal
PRN Melaka: Adam gesa beri peluang calon muda buktikan kemampuan
Kes rasuah kuota pekerja asing Saravanan dibicarakan Mac depan
Armada Bersatu gesa kaji semula pemberhentian hampir 100 pekerja Utusan, Kosmo!
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum