PRN Melaka: Adam gesa beri peluang calon muda buktikan kemampuan

November 3, 2026 · Politik

Penyertaan calon muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 perlu diberi ruang bagi memastikan golongan itu mendapat perwakilan sewajarnya, selain membina pengalaman sebagai persediaan menjadi pemimpin masa depan.

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim berkata, penglibatan calon muda penting seiring perubahan demografi pengundi, khususnya selepas pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik dan penurunan umur mengundi kepada 18 tahun.

Menurutnya, pemilihan calon tidak seharusnya dinilai berdasarkan kedudukan dalam parti atau hubungan dengan pemimpin tertentu, sebaliknya mengambil kira keperluan mewakili kepelbagaian masyarakat.

“Kita sentiasa kekalkan pendekatan supaya semua wakil daripada masyarakat mempunyai perwakilan dan turut serta dalam proses pilihan raya.

“Kita beri penumpuan terhadap perwakilan sama ada dari segi kaum, gender ataupun umum,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan terhadap penyertaan calon muda yang bertanding pada PRN Melaka.

Adam Adli berkata, golongan muda perlu diberikan peluang menampilkan kemampuan masing-masing, mengambil kira sebahagian daripada mereka mungkin pertama kali berdepan pengalaman bertanding dalam pilihan raya.

Katanya, calon muda juga berhadapan pelbagai cabaran termasuk stigma masyarakat yang menganggap pengalaman, kematangan dan kemahiran komunikasi mereka masih belum setanding calon lebih berpengalaman.

“Kita tidak boleh selama-lamanya mengharapkan orang muda hanya memasang bendera, memasang kain rentang, mengumpulkan orang untuk ceramah, mengedarkan risalah dan berdepan perbalahan di media sosial, tetapi apabila mahu menjadi calon, mereka tidak diberikan peluang.

“Jadi, PH mengiktiraf perkara ini dan kita sentiasa berdepan cabaran tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pemilihan calon muda tidak bermakna mereka secara automatik mendapat sokongan pengundi daripada kelompok umur sama.

Katanya, kecenderungan politik golongan muda turut dipengaruhi persekitaran keluarga, ibu bapa serta pertimbangan politik masing-masing.

“Kita harus lihat sebagai realiti. Kalau tidak mulakan sekarang, maka kita tidak mampu membangunkan pengalaman yang lebih lengkap bagi golongan ini dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata, usaha memberi ruang kepada calon muda perlu dimulakan sekarang bagi memastikan proses pembinaan kepimpinan baharu dapat dilaksanakan secara berterusan.

Berita berkaitan
Zahid sangkal dakwaan calon BN salah guna jentera kerajaan di Melaka
November 3, 2026· Politik
PRN Melaka: Calon Gen-Z PH anggap kecaman sebagai lumrah politik
4 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH gesa SPR siasat dakwaan sogokan bakul makanan di DUN Rim
5 jam lalu· Politik
Kewangan Melaka makin tertekan, belanja negeri naik tiga kali ganda: Rafizi
6 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Projek jalan luar bandar: Mahfuz sindir Zahid, jangan hanya pandai salahkan MOF
November 3, 2026 · Politik
Isu projek Sabah, Sarawak: Zahid sedia kemuka bukti surat, nafi sabotaj
November 3, 2026 · Politik
Kes rasuah kuota pekerja asing Saravanan dibicarakan Mac depan
2 jam lalu · Politik
Armada Bersatu gesa kaji semula pemberhentian hampir 100 pekerja Utusan, Kosmo!
3 jam lalu · Politik
Kes hasutan Muhyiddin: Perbicaraan ditangguh, representasi baharu dikemuka
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok