AMK bidas Hadi persoal CSA sehingga samakan pendekatan Dajal

November 3, 2026 · Politik

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim mempersoalkan pendirian Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mengaitkan Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) dengan pendekatan Dajal.

Muhammad Kamil berkata kenyataan itu menimbulkan persoalan kerana PAS sendiri pernah menyokong persefahaman politik yang mempunyai elemen hampir sama ketika parti itu berada dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini, Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, pada 13 September 2021, satu Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai antara kerajaan ketika itu dengan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, walaupun dinamakan memorandum persefahaman (MoU), perjanjian berkenaan turut mengandungi elemen *confidence and supply* bagi memastikan kestabilan kerajaan serta kelulusan Belanjawan.

“Ketika PAS berada dalam kerajaan, persefahaman sedemikian dianggap perlu demi kestabilan negara. Tidak pula kedengaran istilah Dajal digunakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhammad Kamil berkata, pendirian berbeza itu menimbulkan persoalan sama ada PAS menggunakan ukuran politik yang berlainan mengikut kedudukan parti berkenaan, sama ada sebagai kerajaan atau pembangkang.

“Apabila PAS berada di luar kerajaan, mekanisme politik yang serupa tiba-tiba dikaitkan dengan Dajal. Apakah ini kaedah baharu dalam politik PAS? Halal bagi kami, haram bagi kamu?” soalnya.

Beliau berkata, perbezaan pandangan terhadap CSA adalah perkara biasa dalam demokrasi, malah syarat dan pelaksanaannya boleh diperdebatkan secara terbuka.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan supaya istilah agama tidak digunakan untuk menghukum sesuatu pendekatan politik yang pernah diterima ketika PAS berada dalam kerajaan.

“Yang berubah ialah kedudukan politik. Jangan sampai neraca halal dan haram pun turut berubah mengikut kedudukan kerusi,” katanya.

Beliau menegaskan agama mengajar umatnya supaya berlaku adil dan berpegang kepada prinsip yang konsisten, bukannya menggunakan dua ukuran berbeza berdasarkan pihak yang sedang berkuasa.

Untuk rekod, MoU Transformasi dan Kestabilan Politik pada 2021 dimeterai bagi meredakan ketidaktentuan politik ketika negara berdepan pandemik Covid-19, selain membuka ruang kerjasama antara kerajaan Perikatan Nasional ketika itu dengan PH dalam beberapa agenda reformasi.

Perjanjian itu turut menjadi asas kepada sokongan PH terhadap kerajaan Ismail Sabri dalam urusan tertentu, termasuk kelulusan Belanjawan dan usaha memastikan kestabilan pentadbiran.

Berita berkaitan
CSA enam Ahli Parlimen Bersatu bukan keputusan PN: Takiyuddin
November 2, 2026· Politik
Perpaduan Melayu-Islam UMNO-PAS hanya helah politik: Amanah Selangor
November 1, 2026· Politik
Isu KKDW terlebih belanja RM2.1 bilion: AMK Selangor persoal penjelasan SUA Zahid
November 1, 2026· Politik
Putrajaya lulus hampir semua projek pembangunan Kelantan: Menteri Besar
November 1, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kumpulan NGO gesa kerajaan dan blok pembangkang sepakat laksana lapan reformasi
November 3, 2026 · Politik
Projek jalan luar bandar: Mahfuz sindir Zahid, jangan hanya pandai salahkan MOF
3 jam lalu · Politik
Zahid sangkal dakwaan calon BN salah guna jentera kerajaan di Melaka
3 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Adam gesa beri peluang calon muda buktikan kemampuan
3 jam lalu · Politik
Isu projek Sabah, Sarawak: Zahid sedia kemuka bukti surat, nafi sabotaj
3 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok