CSA enam Ahli Parlimen Bersatu bukan keputusan PN: Takiyuddin

November 2, 2026 · Politik

Perikatan Nasional (PN) tidak akan berunding atau memeterai Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) semata-mata untuk mendapatkan peruntukan pembangunan daripada kerajaan.

Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan berkata, tindakan enam Ahli Parlimen Parti Bersatu memeterai perjanjian berkenaan dibuat atas keputusan sendiri tanpa melibatkan gabungan itu.

Menurutnya, keputusan berkenaan tidak mewakili pendirian rasmi PN sebagai blok pembangkang di Parlimen.

“CSA itu adalah pilihan mereka sendiri sebagai Ahli Parlimen. Jadi, PN tidak terlibat dalam perundingan dan pemeteraian itu,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online.

Takiyuddin berkata, Ahli Parlimen yang menyertai perjanjian itu terdiri daripada beberapa kumpulan, termasuk wakil Bersatu, bekas ahli Bersatu dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Khamis lalu, enam Ahli Parlimen Bersatu memeterai CSA dengan kerajaan dengan menetapkan dua tuntutan reformasi utama sebagai syarat sokongan mereka.

Tuntutan itu merangkumi usaha mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri serta mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya sebelum berakhir penggal pentadbiran semasa.

Sebagai timbal balik, mereka bersetuju menyokong Belanjawan 2027, manakala kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan pembangunan kepada mereka pada kadar setara dengan Ahli Parlimen kerajaan.

Perjanjian itu mencetuskan persoalan mengenai pendirian pembangkang, khususnya apabila sebahagian wakil rakyat mengambil pendekatan berunding secara langsung dengan kerajaan bagi mendapatkan peruntukan dan menuntut reformasi institusi.

Dalam perkembangan berkaitan, Takiyuddin turut mengulas isu penggunaan logo Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, Perlembagaan PN membenarkan parti komponennya menggunakan logo masing-masing, tetapi tertakluk kepada kebenaran gabungan itu.

Bagaimanapun, katanya, penggunaan logo Bersatu setakat ini belum dimaklumkan secara rasmi kepada PN dan belum mendapat kelulusan.

“Dalam Perlembagaan PN, setiap parti anggota boleh menggunakan logo sendiri dengan kebenaran daripada PN. Tetapi, Bersatu setakat ini penggunaan logo mereka sendiri tidak dimaklumkan secara rasmi kepada PN,” katanya.

Mengulas kemungkinan tindakan terhadap Bersatu, Takiyuddin berkata, PN sedang meneliti perkara berkenaan, termasuk isu berkaitan disiplin dan tatatertib parti.

Katanya, sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas proses penelitian selesai.

Berita berkaitan
BN-PN bergabung, DAP perlu bersedia hadapi cabaran besar: Loke
23 jam lalu· Politik
BN-PN berpotensi bekerjasama di peringkat Persekutuan: Asyraf Wajdi
October 31, 2026· Politik
CSA: Yuneswaran jawab kritikan Wan Saiful, kestabilan negara lebih penting
October 30, 2026· Politik
Tiada syarat khusus untuk Ahli Parlimen meterai CSA : PMX
October 30, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: PH desak projek terbengkalai didedahkan, gesa siasatan
November 2, 2026 · Politik
Polis beri amaran isu 3R sepanjang kempen PRN Melaka
November 2, 2026 · Politik
Jangan salah guna agama dalam politik, pesan Dr Maza
13 jam lalu · Politik
Isu jalan luar bandar: Zafrul sindir ada pihak guna cybertrooper Vietnam
13 jam lalu · Politik
PH pilih pendekatan politik khidmat di Melaka, bukan hanya bersuara lantang: Fahmi
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
23 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok