Fahmi: Bantu PM, jangan ganggu usaha kerajaan

November 12, 2026 · Politik

Semua anggota Jemaah Menteri dan parti komponen Kerajaan Perpaduan perlu memainkan peranan membantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim mentadbir negara, bukannya mengambil tindakan yang boleh membantutkan usaha kerajaan.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata, semua pihak yang masih berada dalam gabungan kerajaan perlu menjadikan prinsip itu sebagai pegangan demi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.

Menurutnya, pelbagai pencapaian negara ketika ini termasuk reformasi institusi, kebebasan Parlimen dan peningkatan keyakinan pelabur adalah hasil kepimpinan Perdana Menteri.

Beliau berkata, perkembangan positif itu perlu diperkukuhkan melalui kerjasama semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan dan bukannya mencetuskan perkara yang boleh menjejaskan usaha pentadbiran.

“Saya percaya bagi pihak kerajaan, secara umumnya kita lihat banyak kejayaan yang Perdana Menteri telah berjaya bawa bukan hanya dari segi reformasi institusi, kedudukan Parlimen yang sekarang lebih bebas berbanding dulu, dan juga tahap keyakinan termasuk daripada para pelabur terhadap kerajaan dan negara kita.

“Setiap daripada kita perlu memainkan peranan. Jadi, kita semua perlu membantu Perdana Menteri dalam usaha ini dan tidak membantutkan sebarang usaha kerajaan,” katanya selepas menyertai program jelajah mesra bersama calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Muhammad Hakimin Mokhtar, di Pasar Malam Ayer Molek, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Mesyuarat Majlis Presiden PH turut membincangkan kedudukan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Katanya, walaupun Anthony sebelum ini sudah menyatakan pendirian berhubung peletakan jawatannya dalam Kabinet, keputusan akhir mengenai kedudukan beliau terletak di bawah kuasa Perdana Menteri.

“Kita tahu sekarang ini ada pihak yang bertanyakan tentang Anthony Loke. Beliau hadir selaku Setiausaha Agung DAP dan kita ada membincangkan perkara itu.

“Namun, apa-apa komen mengenai kedudukan beliau, beliau telah menyatakan sendiri pendirian beliau. Akhirnya keputusan itu berada pada tangan Perdana Menteri,” katanya.

Selain itu, Fahmi berkata, mesyuarat berkenaan turut meneliti perkembangan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang disifatkan berjalan lancar.

Majlis Presiden PH juga bersetuju mengaktifkan Majlis Setiausaha PH bagi menyelaraskan persiapan awal menghadapi PRN Sarawak.

Berita berkaitan
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
November 21, 2026· Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Kemelut Negeri Sembilan: PH tunggu Ismail buktikan majoriti, patuh titah Tuanku
November 21, 2026· Politik
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
4 jam lalu · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
4 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
4 jam lalu · Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
4 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok