Mahkamah tolak semakan kehakiman Mukhriz isu cukai RM5 juta LHDN

14 jam lalu · Isu semasa

Presiden Parti Pejuang, Mukhriz Mahathir gagal dalam permohonan semakan kehakiman bagi mencabar tuntutan tunggakan cukai berjumlah RM5.02 juta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Azizan Md Arshad pada Isnin selepas mendapati tiada keadaan luar biasa yang membolehkan Mukhriz mengetepikan saluran rayuan berkanun dan terus menggunakan proses semakan kehakiman.

Ketika membacakan keputusan, Azizan berkata, semua isu berhubung taksiran cukai berkenaan perlu diputuskan terlebih dahulu oleh Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) menerusi mekanisme rayuan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Menurutnya, mahkamah menerima hujahan LHDN yang memaklumkan Mukhriz sudah memfailkan rayuan terhadap taksiran cukai itu dan proses berkenaan masih berjalan.

“Justeru, mahkamah berpendapat permohonan ini merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan keputusan itu hanya menyentuh isu bidang kuasa dan tidak melibatkan merit atau asas pertikaian cukai berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan Mukhriz membayar kos sebanyak RM5,000 kepada LHDN.

Mukhriz sebelum ini memohon semakan kehakiman bagi membatalkan notis tuntutan cukai yang dikeluarkan LHDN membabitkan tempoh taksiran 2017 hingga 2019.

Jumlah tuntutan itu merangkumi taksiran tambahan sebanyak RM2,558,875.90 bagi 2017, RM2,445,004.91 bagi 2018 dan RM16,826.37 bagi 2019.

Pada 2 Januari lalu, beliau memperoleh kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding semakan kehakiman berkenaan.

Terdahulu, pada 20 Disember 2024, Mukhriz memfailkan permohonan itu dengan menamakan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, Menteri Kewangan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Beliau memohon mahkamah membatalkan keputusan LHDN mengeluarkan notis tuntutan cukai atas alasan tindakan itu menyalahi undang-undang dan tidak munasabah.

Mukhriz turut memohon deklarasi supaya penalti yang dikenakan di bawah Seksyen 113(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 diisytiharkan terbatal dan melampaui kuasa undang-undang.

Bagaimanapun, pada Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan menggugurkan Menteri Kewangan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden selepas mendapati pertikaian berkenaan hanya melibatkan LHDN.

Mahkamah turut menjelaskan pihak-pihak masih mempunyai hak membawa perkara itu ke mahkamah selepas proses rayuan di SCIT selesai, tertakluk kepada peruntukan undang-undang.

Berita berkaitan
AGC bantah usaha Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib
November 12, 2026· Isu semasa
Tahanan rumah Najib: Badan Peguam fail semakan kehakiman cabar keputusan
November 12, 2026· Politik
Kerajaan kekal tolak GST, bimbang beban rakyat
November 12, 2026· Isu semasa
Isu cukai RM4.8 juta: Abdul Azeez dapat kebenaran cabar keputusan LHDN
November 11, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Presiden Perancis tiba di Malaysia, perkukuh hubungan dua hala
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia kekal kerusi Majlis ITU, raih 145 undi
7 jam lalu · Isu semasa
KWSP raih RM83.32 bilion hasil pelaburan dalam sembilan bulan
10 jam lalu · Isu semasa
Tipu selebriti urusan hartanah, lelaki dipenjara setahun dan dua sebatan
11 jam lalu · Isu semasa
Anwar ke Shenzhen, bakal temui Xi Jinping semasa APEC
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
10 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok