Presiden Perancis tiba di Malaysia, perkukuh hubungan dua hala

November 16, 2026 · Isu semasa

Presiden Perancis, Emmanuel Macron tiba di Malaysia malam ini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari yang dijangka membuka ruang kepada kerjasama lebih luas antara kedua-dua negara dalam bidang strategik, termasuk pertahanan, pendidikan dan tenaga.

Pesawat yang membawa Macron bersama isterinya, Brigitte Macron serta delegasi rasmi Perancis mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.10 malam.

Ketibaan beliau disambut Menteri Digital, Gobind Singh Deo sebelum Macron memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

Majlis sambutan turut diserikan dengan persembahan kebudayaan yang menampilkan tarian tradisional Malaysia sebagai simbol kepelbagaian warisan negara.

Lawatan atas undangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu merupakan kunjungan rasmi pertama Macron ke Malaysia sejak memegang jawatan Presiden Perancis pada Mei 2017.

Esok, Macron dijadual menghadiri upacara sambutan rasmi di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur sebelum mengadakan mesyuarat dua hala dengan Anwar.

Pertemuan kedua-dua pemimpin dijangka memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan hubungan Malaysia-Perancis ke tahap Perkongsian Strategik, sekali gus memperkukuh kedudukan kedua-dua negara dalam kerjasama serantau dan antarabangsa.

Antara perkara penting dalam agenda lawatan itu ialah pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan bidang pertahanan, pendidikan tinggi, mineral kritikal dan peralihan tenaga.

Anwar turut dijadual menganjurkan majlis makan tengah hari bagi meraikan kunjungan Presiden Perancis berkenaan.

Dari sudut ekonomi, hubungan perdagangan kedua-dua negara menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah perdagangan Malaysia-Perancis mencecah RM17.78 bilion pada 2025.

Eksport Malaysia ke Perancis bernilai RM6.05 bilion, dengan produk elektrik dan elektronik menjadi penyumbang utama. Sementara itu, import dari Perancis berjumlah RM11.73 bilion, terutama membabitkan peralatan pengangkutan, jentera dan bahan kimia.

Perancis kini merupakan rakan dagang ke-21 terbesar Malaysia di peringkat global dan keempat terbesar dalam kalangan negara Eropah.

Lawatan ini dilihat penting dalam usaha Malaysia memperluas hubungan dengan kuasa ekonomi Eropah, khususnya ketika kedua-dua negara berusaha meneroka peluang baharu dalam sektor teknologi, keselamatan dan peralihan tenaga. – Bernama

Berita berkaitan
Anwar: Kerajaan masih stabil, jangan layan spekulasi liar
November 16, 2026· Politik
Anwar ke Shenzhen, bakal temui Xi Jinping semasa APEC
9 jam lalu· Isu semasa
PMKS berpeluang tembusi pasaran China menerusi ACFTA 3.0: PMX
9 jam lalu· Isu semasa
Prabowo mohon maaf kepada Malaysia, Singapura susulan isu jerebu
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia kekal kerusi Majlis ITU, raih 145 undi
6 jam lalu · Isu semasa
KWSP raih RM83.32 bilion hasil pelaburan dalam sembilan bulan
8 jam lalu · Isu semasa
Tipu selebriti urusan hartanah, lelaki dipenjara setahun dan dua sebatan
9 jam lalu · Isu semasa
Dua tahun terhenti, Litar Lumba Sungai Petani disasar siap 2027: Sanusi
12 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak semakan kehakiman Mukhriz isu cukai RM5 juta LHDN
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
8 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok