Kes scam..
Seorang guru sekolah menengah di Batu Pahat mengalami kerugian RM748,326.50 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa berusia 54 tahun itu mula menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali pada akhir Ogos lalu.
Menurutnya, pemanggil berkenaan menyamar sebagai kakitangan sebuah hospital di Rawang, Selangor sebelum memaklumkan ada pihak ketiga menggunakan identiti mangsa untuk membuat tuntutan insurans.
Mangsa kemudian disambungkan kepada seorang lagi individu yang mendakwa dirinya pegawai polis.
“Suspek memberitahu akan membantu mangsa membuat laporan polis secara dalam talian, selain meminta mangsa menyerahkan kad ATM miliknya untuk siasatan pihak Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, akibat ketakutan dan mempercayai helah suspek, mangsa akur dengan semua arahan diberikan termasuk meletakkan kad ATM di sebuah gerai nasi lemak berhampiran rumahnya pada 3 September lalu.
Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari dirinya menjadi sasaran penipuan selepas membuat semakan akaun bank pada minggu lalu.
Hasil pemeriksaan mendapati beberapa transaksi pemindahan wang kepada individu tidak dikenali berjumlah RM673,326.50 telah dilakukan tanpa pengetahuannya.
Lebih mengejutkan, mangsa turut memasukkan wang berjumlah RM75,000 ke dalam tiga akaun bank berbeza secara berperingkat menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) pada 4 November lalu.
Mangsa hanya menceritakan kejadian itu kepada kakaknya pada 15 November lalu sebelum dimaklumkan dirinya sebenarnya ditipu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Kes ini sekali lagi memperlihatkan taktik sindiket penipuan yang menggunakan penyamaran sebagai pegawai kerajaan, polis dan institusi kewangan bagi menakut-nakutkan mangsa supaya menyerahkan maklumat serta wang mereka.
Orang ramai diingatkan supaya tidak menyerahkan kad ATM, nombor PIN atau maklumat perbankan kepada individu tidak dikenali, selain membuat pengesahan terus dengan pihak berkuasa sekiranya menerima panggilan mencurigakan.
Pelaburan digital RM812 juta perkukuh kerjasama Malaysia-Perancis
Anwar arah bantuan segera kepada keluarga anggota polis maut
880 calon guru simpanan bakal terima surat lantikan sebelum 14 Disember
Politik identiti perlu bina keyakinan, bukan cetus kebencian: Prof Mohd Afandi
PKR: Jangan kelirukan isu KLSCAH dengan sewa PPR, Akmal dibidas
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 17 Nov – Ismail letak jawatan, kerajaan Madani stabil dan lawatan Macron