Mat Maslan perlu minta maaf secara terbuka di Dewan Rakyat, gesa AMK Johor

November 18, 2026 · Politik

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad, berpandangan permohonan maaf Ahmad Maslan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tidak sepatutnya dibuat sekadar melalui sepucuk surat di luar Dewan Rakyat.

Sebaliknya, beliau berkata Ahmad perlu tampil memohon maaf secara terbuka di Dewan Rakyat memandangkan pantun kontroversi yang mengundang kritikan itu turut dilafazkan di institusi berkenaan.

“Jika pantun tersebut dilafazkan di Dewan Rakyat, maka di Dewan Rakyat jugalah beliau sepatutnya tampil memohon maaf secara terbuka. Biar satu dewan mendengarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Faezuddin turut mengingatkan Ahmad supaya menunjukkan contoh teladan yang baik sebagai seorang ahli politik berpengalaman, khususnya dalam menjaga adab dan tanggungjawab ketika berpolitik.

Menurutnya, Ahmad bukan pemimpin baharu dalam arena politik dan sepatutnya lebih memahami tindakan yang wajar bagi mengelakkan sesuatu kenyataan menjejaskan hubungan sesama rakan dalam kerajaan.

Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan dibentuk berasaskan kepercayaan serta persefahaman antara parti yang bekerjasama membentuk pentadbiran negara.

Justeru, sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh mengguris hubungan antara rakan kerajaan perlu ditangani dengan serius kerana berisiko menjejaskan kepercayaan dan kerjasama politik.

“Sebarang tindakan yang mengguris hubungan sesama rakan kerajaan, jika dibiarkan berlarutan, boleh menggugat kepercayaan, menggoncang kerjasama politik dan akhirnya mengundang ketidakstabilan kerajaan,” katanya.

Faezuddin turut menyampaikan mesej melalui pantun dengan mengingatkan pemimpin politik supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak menjejaskan kestabilan kerajaan dan kepentingan rakyat.

Kontroversi itu tercetus susulan pantun Ahmad yang mengandungi perkataan ‘kencing’ sehingga mencetuskan reaksi dan kritikan, sebelum beliau dilaporkan memohon maaf kepada Perdana Menteri serta menarik balik pantun berkenaan.

Berita berkaitan
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
2 jam lalu· Politik
Khoo Poay Tiong mohon maaf isu arahan tutup premis
November 21, 2026· Politik
Pelumba cilik Pahang terima bantuan RM10,000 daripada PM
November 21, 2026· Isu semasa
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
2 jam lalu · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
2 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
2 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
10 jam lalu · Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok