Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Perak hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata tiada sebarang aspek harus diketepikan agar keadilan dapat ditegakkan dan kejadian seumpama itu dapat dicegah daripada berulang.
Pada masa sama, Anwar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
“Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini. Al-Fatihah,” kata beliau.
Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri Perak memaklumkan sedang memantau perkembangan insiden itu secara dekat dan telah mengarahkan pihak sekolah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis.
Jabatan itu juga telah menyelaras supaya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial diberikan kepada murid, guru dan warga sekolah yang terkesan bagi memastikan kesejahteraan emosi mereka diberikan perhatian sewajarnya. – Bernama
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan