Jalaluddin Alias.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, memilih untuk tidak mengulas lanjut perkembangan politik negeri itu, khususnya berkaitan kedudukan Menteri Besar, Ismail Lasim.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang itu mengelak daripada mengadakan sidang media selepas menghadiri majlis pecah tanah projek perumahan di Simpang Pertang, hari ini.
Ketika didekati pemberita, Jalaluddin secara berseloroh memaklumkan tiada sidang media akan diadakan berhubung isu Menteri Besar.
“Tiada sidang media berkaitan hal itu, tanya pasal projek perumahan sahaja. Saya tak nak komen pasal Menteri Besar,” katanya lapor BH.
Beliau kemudian dilihat menerima panggilan telefon sebelum bergegas meninggalkan lokasi majlis.
Sebelum beredar, Jalaluddin hanya sempat menyampaikan pesanan ringkas kepada pemberita.
“Maaf, tak sempat nak buat PC (sidang media), saya rushing,” katanya.
Difahamkan, Jalaluddin tidak mahu mendahului Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, dalam mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkembangan politik membabitkan kepimpinan kerajaan negeri itu.
Perkembangan itu hadir ketika kedudukan Ismail sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan menjadi perhatian susulan kemelut politik yang melanda negeri berkenaan.
Bagaimanapun, Ismail, 67, yang juga ADUN Juasseh hari ini mengesahkan beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar selepas menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Pengesahan itu dibuat dalam sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar selepas beliau selesai menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, pagi tadi.
Perkembangan terbaharu itu sekali gus memberi gambaran kedudukan Ismail dalam pentadbiran negeri masih kekal, meskipun perhatian kini tertumpu kepada pendirian UMNO Negeri Sembilan berhubung situasi politik semasa.
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan