Khoo Poay Tiong mohon maaf isu arahan tutup premis

November 21, 2026 · Politik

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong memohon maaf secara terbuka susulan kenyataannya yang mempertikaikan arahan penutupan sementara premis perniagaan di Kuala Terengganu ketika solat Jumaat.

Pengerusi DAP Melaka itu mengakui terdapat kelemahan dalam cara beliau menyampaikan pandangan sehingga menimbulkan salah faham, menyinggung perasaan serta mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat, khususnya umat Islam.

Beliau berkata, pemilihan kata-kata dan nada dalam hantaran berkenaan tidak mencerminkan sensitiviti yang sepatutnya diberikan terhadap isu berkaitan agama.

“Pemilihan kata-kata dan nada hantaran berkenaan telah menimbulkan salah faham, menyinggung perasaan serta mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat, khususnya umat Islam.

“Saya ingin menjelaskan yang saya amat menghormati agama Islam, amalan solat Jumaat serta hak umat Islam untuk menunaikan tuntutan agama mereka. Saya sama sekali tidak berniat untuk mempertikaikan atau memperkecilkan kepentingan ibadah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Khoo mengkritik arahan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang melarang aktiviti perniagaan dan hiburan sepanjang waktu solat Jumaat.

Isu itu mencetuskan perhatian apabila kenyataannya menyentuh pelaksanaan peraturan pihak berkuasa tempatan berkaitan penghormatan terhadap ibadah umat Islam.

Mengulas lanjut, Khoo berkata sebagai wakil rakyat dan pemimpin, beliau sepatutnya lebih berhati-hati serta bertanggungjawab ketika menyampaikan pandangan, terutama apabila membabitkan agama dan sensitiviti masyarakat majmuk.

Beliau turut menerima segala teguran dan kritikan yang diberikan serta mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekhilafan dalam penyampaian tersebut.

“Saya menerima teguran dan kritikan yang diberikan dengan hati terbuka. Saya juga mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekhilafan dalam penyampaian tersebut.

“Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung atau terluka dengan hantaran saya. Saya akan mengambil iktibar daripada perkara ini dan lebih berhati-hati dalam setiap kenyataan pada masa hadapan,” katanya.

Khoo sekali lagi menegaskan permohonan maaf itu dibuat dengan penuh keikhlasan susulan kontroversi yang timbul.

Berita berkaitan
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
22 jam lalu· Politik
Kenyataan Khoo Poay Tiong boleh jejaskan sokongan Melayu kepada DAP: Kian Ming
November 21, 2026· Politik
Isu solat Jumaat: Adam Adli minta Khoo Poay Tiong tarik balik kenyataan, mohon maaf
November 20, 2026· Politik
Guan Eng: Hannah Yeoh patuh titah Agong, tidak tunduk tekanan
November 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
2 jam lalu · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
2 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
2 jam lalu · Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
2 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok