Polis siasat laporan berhubung surat peletakan jawatan Ismail

21 jam lalu · Isu semasa

Polis menerima satu laporan berhubung dakwaan surat peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim yang didakwa diserahkan kepada istana tanpa persetujuan beliau.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, laporan itu dibuat seorang lelaki berusia 65 tahun di Balai Polis Chow Kit kira-kira pukul 9.55 pagi tadi.

Menurutnya, pengadu membuat laporan berdasarkan maklumat daripada laporan media serta beberapa kenyataan berkaitan kemelut politik di Negeri Sembilan.

Malah, pengadu turut meminta polis meneliti kemungkinan wujud kaitan antara isu surat peletakan jawatan itu dengan dakwaan konspirasi terhadap kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Bagaimanapun, difahamkan pengadu mengakui tidak mempunyai sebarang bukti langsung bagi mengesahkan dakwaan konspirasi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Azwan berkata, pengadu juga tidak mempunyai bukti yang menunjukkan pihak sama terbabit dalam kedua-dua isu berkenaan.

Beliau menjelaskan laporan itu dibuat bagi memohon siasatan lanjut berdasarkan syak wasangka pengadu susulan maklumat yang diperolehnya.

Semalam, Ismail menegaskan beliau tidak pernah mengemukakan atau memberikan persetujuan terhadap surat peletakan jawatan yang didakwa diserahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Perkara itu turut disahkan Istana Negeri Sembilan menerusi kenyataan Pengelola Bijaya Diraja selepas Ismail menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, Seremban.

Kontroversi itu tercetus selepas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Zambry Abd. Kadir pada 16 November lalu memaklumkan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail.

Bagaimanapun, pihak istana pada keesokan harinya memaklumkan ketulenan surat berkenaan yang dihantar pada pukul 12.16 tengah malam masih belum disahkan.

Isu tersebut terus mencetuskan persoalan mengenai kedudukan kepimpinan kerajaan negeri ketika kemelut politik Negeri Sembilan menjadi perhatian.

Berita berkaitan
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
1 jam lalu· Politik
Kemelut Negeri Sembilan: PH tunggu Ismail buktikan majoriti, patuh titah Tuanku
November 21, 2026· Politik
Tuanku Muhriz bertitah mahu UKM perkukuh integriti dan tadbir urus
November 21, 2026· Isu semasa
Kemelut politik N9: 24 ADUN BN-PN mesyuarat tanpa kehadiran MB, bakal dipecat?
November 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
9 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
10 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
10 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok